Anda di sini

Empat terselamat rumah roboh di jambatan Sim-Sim

Advertisement
RUMAH mangsa roboh dalam kejadian itu.
RUMAH mangsa roboh dalam kejadian itu.

SANDAKAN: Empat terselamat termasuk tiga kanak-kanak selepas rumah yang mereka diami roboh jatuh ke laut di Jambatan 9 Kampung Sim-Sim dekat sini, petang Ahad.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Papat, Abdul Basid Haji Othman berkata kejadian rumah roboh ke laut berlaku kira-kira jam 5.38 petang.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent telah dihubungi, mereka telah tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu telah mengejutkan pakcik kepada tiga kanak-kanak itu.

“Pakcik kanak-kanak itu berumur 40-an yang sedang berehat bersama tiga anak saudaranya tersebut di rumah sebelum kejadian rumah itu roboh,” katanya.

Basid berkata lelaki itu menyedari rumah mereka roboh selepas mendengar bunyi kuat dan rumah bergoyang sebelum bertindak menyelamatkan tiga anak saudaranya.

“Mereka masih dalam keadaan terkejut dan telah diperiksa oleh pegawai perubatan,” katanya.

Basid memberitahu mangsa terlibat adalah penyewa rumah berkenaan.

EMPAT mangsa yang masih terkejut diperiksa oleh pegawai perubatan.
EMPAT mangsa yang masih terkejut diperiksa oleh pegawai perubatan.

“Setakat ini, pihaknya masih mengumpul maklumat dari pihak berkuasa mengenai kejadian itu,” katanya.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana  empat mangsa tersebut terselamat. 

  • oleh
  • Advertisement