Anda di sini

16 individu ditahan dalam Ops Bersepadu

Advertisement
ANGGOTA polis sedang memeriksa dokumen diri individu yang disyaki ketika operasi Ops Bersepadu dijalankan pada Sabtu.
ANGGOTA polis sedang memeriksa dokumen diri individu yang disyaki ketika operasi Ops Bersepadu dijalankan pada Sabtu.

KOTA KINABALU: Polis menahan 16 individu termasuk sembilan Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan tujuh individu terlibat kes jenayah dalam satu operasi bersepadu Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata operasi yang dijalankan bermula jam 2 petang hingga 8 malam itu, dijalankan di beberapa kawasan.

“Dalam operasi kali ini, anggaran umur tangkapan adalah  dalam lingkungan 11 tahun hingga 56 tahun.

ANGGOTA penguatkuasa sedang menggeledah rumah setinggan yang dipercayai tempat tinggal PTI.
ANGGOTA penguatkuasa sedang menggeledah rumah setinggan yang dipercayai tempat tinggal PTI.

" Tangkapan PTI akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen serta tangkapan kes jenayah disiasat di bawah Seksyen 379, Sek.380, dan Sek.457 Kanun Keseksaan mengikut kesalahan masing-masing,” katanya.

Katanya operasi dijalankan di kawasan bandaraya yang dipercayai mengundang kegiatan jenayah di daerah ini.

"Kita menjalankan operasi ini selama enam jam di empat lokasi yang dijayakan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

KESEMUA PTI yang ditahan oleh anggota penguatkuasa pada operasi Ops Bersepadu di sekitar bandaraya.
KESEMUA PTI yang ditahan oleh anggota penguatkuasa pada operasi Ops Bersepadu di sekitar bandaraya.

" Operasi seumpama ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kadar jenayah, PTI, dadah serta gejala sosial negatif di daerah ini," katanya.

Habibi juga mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis dengan datang ke balai polis berhampiran atau melalui media sosial di Facebook Polis Kota Kinabalu.

  • oleh
  • Advertisement