Anda di sini

Rumah Putih gantung pas media pemberita CNN bertikam lidah dengan Trump

Advertisement
 Seorang anggota kakitangan Rumah Putih cuba mengambil mikrofon yang dipegang oleh Acosta ketika beliau menyoal Trump pada satu sidang akhbar ekoran pilihan raya pertengahan penggal Kongres AS pada Selasa lepas di Washington, AS kelmarin. — Gambar Reuters
BERTIKAM LIDAH: Seorang anggota kakitangan Rumah Putih cuba mengambil mikrofon yang dipegang oleh Acosta ketika beliau menyoal Trump pada satu sidang akhbar ekoran pilihan raya pertengahan penggal Kongres AS pada Selasa lepas di Washington, AS kelmarin. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Rumah Putih kelmarin menggantung pas media seorang pemberita CNN yang terdahulu bertikam lidah dengan Donald Trump pada satu sidang akhbar, di mana presiden Amerika Syarikat (AS) itu melabel wartawan tersebut sebagai “musuh rakyat”.

Trump yang kelihatan marah menggambarkan pemberita Jim Acosta sebagai seorang “individu yang biadab dan teruk” selepas wartawan White House CNN itu enggan mendengar arahan presiden itu untuk duduk dan menye-rahkan mikrofon pada sidang akhbar yang diadakan sehari selepas pilihan raya perte-ngahan penggal di AS.

“Rumah Putih menggantung pas pemberita terbabit sehingga notis lanjut,” kata jurucakap White House, Sarah Sanders, beberapa jam kemudian, yang merujuk kepada Acosta, yang kemudian tweet bahawa beliau telah dinafikan kemasukan ke Rumah Putih.

Pertikaian hangat berke-naan bermula selepas wartawan terkemuka itu terus memegang mikrofon dan terus mengajukan soalan mengenai pandangan presiden itu tentang karavan pendatang dari Amerika Tengah yang sedang menuju ke sempadan AS.

Trump berkata “cukup!” dan seorang pelatih Rumah Putih cuba tetapi gagal untuk mendapatkan mkrofon daripada wartawan CNN tersebut.

“Presiden Trump percaya kepada media bebas dan menjangkakan dan meng-alu-alukan soalan yang sukar kepadanya dan pentadbirannya,” Sanders menyebut dalam kenyataannya.

“Bagaimanapun kami tidak akan membiarkan seorang pemberita untuk meletakkan tangannya di atas seorang wanita muda yang hanya cuba menjalankan kerjanya sebagai seorang pelatih Rumah Putih. Kelakuan ini sama sekali tidak dapat diterima,” katanya.

Acosta membidas tuduhan salah laku itu dan tweet “ini adalah satu pembohongan” – dan rangkaiannya serta beberapa wartawan di Wa-shington yang berada pada sidang media itu menyuarakan sokongan kepadanya.

“Setiausaha Sanders berbohong,” CNN menyebut dalam satu kenyataan, dan berkata penggantungan pas media “dibuat sebagai balasan bagi soalan yang mencabar”.

Sanders “memberikan tuduhan palsu dan menyebut tentang satu insiden yang tidak pernah berlaku”, kata rangkaian kabel AS itu.

“Keputusan yang luar biasa ini adalah ancaman kepada demokrasi kita dan negara kita sewajarnya menerima perkara yang lebih baik. Jim Acosta mempunyai sokongan kami sepenuhnya.”

Sebuah persatuan yang mewakili kor media Wa-shington menggesa Rumah Putih untuk “segera menarik balik tindakan yang lemah dan salah ini.”

“Persatuan Wartawan Rumah Putih membantah se-keras-kerasnya keputusan pentadbiran Trump untuk menggunakan tauliah kese-lamatan Perkhidmatan Sulit AS sebagai alat bagi menghukum seorang pemberita yang mempunyai hubungan yang sukar dengannya,” kata kumpulan itu.

“Menarik balik akses kepada kompleks White House merupakan reaksi yang tidak setimpal dengan kesalahan yang didakwa dan tidak boleh diterima.” — AFP

Advertisement