Anda di sini

Pendatang Haiti yang kecewa pulang ke negara asal dari Chile

Advertisement
 Warga Haiti turun dari sebuah pesawat Tentera Udara Chile selepas mereka pulang dari Chile, ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince, Haiti, kelmarin. — Gambar Reuters
PULANG HAMPA: Warga Haiti turun dari sebuah pesawat Tentera Udara Chile selepas mereka pulang dari Chile, ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince, Haiti, kelmarin. — Gambar Reuters

PORT-AU-PRINCE: Tentera Chile kelmarin menghantar pulang kumpulan pertama pendatang Haiti yang melarat ke negara asal mereka sebagai sebahagian daripada pelan penghantaran pulang yang lebih meluas.

Pendatang seramai 184 orang itu yang mendarat di Port-au-Prince menyuarakan rasa puas hati selepas mereka kembali ke pulau mereka walaupun mereka tahu ke-adaan belum lagi bertambah baik.

“Kami tidak dapat mencari pekerjaan di Chile,” kata seorang wanita muda ketika dia turun dari pesawat, selepas menghabiskan masa selama dua tahun di negara Amerika Selatan itu.

“Keadaan hidup di sana lebih buruk berbanding di Haiti,” ujarnya.

Seribu warga Haiti sudah mendaftar diri dalam pelan itu oleh kerajaan Chile, yang menyediakan pesawat tentera untuk mereka kembali ke tanah air.

Hanya 70,000 sahaja daripada 200,000 warga Haiti yang kini tinggal di Chile memiliki dokumen yang memberi hak kepada mereka untuk tinggal di Chile sampai bila-bila masa.

Namun masa depan mereka yang telah membuat keputusan untuk kembali juga tidak menentu.

Penanda ekonomi sudah turun sejak 20 bulan lalu di Haiti, negara paling miskin di benua Amerika.

Pendatang pertama yang kembali dari Chile hampir dibiarkan begitu sahaja pada malam kelmarin di lapangan terbang Port-au-Prince.

Menteri Hal Ehwal Sosial Haiti dan warga Haiti yang tinggal di seberang laut, dan datang untuk menyambut mereka, cuba untuk memberi jaminan yang sia-sia sahaja kepada mereka.

Pierre Garot Nere, pe-ngarah eksekutif Kolektif Organisasi bagi Pembelaan Hak Migran dan Warga Yang Pulang, mengecam apa yang beliau sebut sebagai ketiadaan perancangan oleh pihak berkuasa Haiti untuk menerima pendatang ini.

“Ini mengecewakan sama sekali. Perancangan tiada untuk menyambut kepulangan warga Haiti ini yang menghadapi masalah” di luar negara, katanya.

Beliau juga berkata ramai warga Haiti ini menjadi mangsa “pengecualian” dan “rasisme” di Chile, salah sebuah negara paling kaya di Amerika Latin. — AFP

Advertisement