Anda di sini

Pencemaran udara teruk di New Delhi akibat bunga api Diwali

Advertisement
 Gambar kombinasi menunjukkan bangunan diselubungi jerebu di New Delhi, India semalam (atas) dan di tempat yang sama kelmarin. — Gambar Reuters
TAHAP BERBAHAYA: Gambar kombinasi menunjukkan bangunan diselubungi jerebu di New Delhi, India semalam (atas) dan di tempat yang sama kelmarin. — Gambar Reuters

NEW DELHI: Pencemaran udara di New Delhi mencapai tahap berbahaya semalam selepas pertunjukan bunga api dan mercun sepanjang malam sempena perayaan Diwali, walaupun Mahkamah Agung berusaha untuk membendung perayaan yang memburukkan lagi keadaan berjerebu.

Tugu penting termasuk India Gate dan Red Fort di-sembunyikan oleh jerebu yang toksik. Komuter memakai topeng manakala penglihatan di jalan utama dikurangkan kepada jarak tidak sampai 50 meter.

Diwali merupakan perayaan Hindu terbesar setiap tahun, apabila mercun dilepaskan menurut tradisi.

Kualiti udara di persekitaran bandar raya utama yang menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan antara yang paling tercemar di dunia mencecah 595 pada pagi semalam, me-nurut kedutaan Amerika Syarikat di Delhi yang memantau tahap pencemaran secara bebas.

Sebarang bacaan melebihi 300 dianggap berbahaya malah kepada orang yang sihat.

Mahkamah Agung India memutuskan pada bulan lepas bahawa hanya mercun mesra alam sahaja – yang kurang mengeluarkan asap dan jelaga – boleh dijual di Delhi, dalam usaha untuk mengurangkan asbut yang telah mencemari reputasi bandar raya berkenaan pada peringkat antarabangsa.

Mahkamah juga berkata mercun hanya dapat dibakar antara jam 8 malam hingga 10 malam.

Namun 20 juta penduduk di ibu negara tidak mem-         pedulikan keputusan itu. Mercun dan roket bergema di sekitar kawasan kejiranan bandar raya sehingga larut malam.

“Untuk keseronokan se-ketika, orang sanggup membahayakan planet ini. Ia adalah gila,” kata Pranav Yadav, seorang pelajar berusia 19 tahun yang memakai topeng pencemaran, kepada AFP.

“Saya menjangka orang akan menunjukkan sedikit keprihatinan tetapi pada kadar ini, ia tidak lama sebelum setiap kanak-kanak di Delhi mempunyai penyakit pernafasan,” tambah Yadav ketika menuju ke sebuah kereta api metro.

Polis Delhi berjanji untuk menghukum mereka yang mengingkari perintah Mahkamah Agung tetapi tidak dapat segera menyata-kan sama ada tuduhan sudah dibuat ataupun tidak.

“Balai polis tempatan sudah mencatatkan beberapa aduan, kami cuba mengumpul semua maklumat,” kata jurucakap polis Delhi, Anil Mittal.

Kualiti udara di Delhi biasa-nya bertambah buruk pada musim salji, disebabkan oleh pecemaran akibat pembakaran tunggul padi, enjin diesel, loji tenaga yang dijana oleh batu arang, dan pengeluaran gas perindustrian.

Sunil Dahiya, seorang aktivis kanan bersama Greenpeace India, berkata ketaksu-ban keagamaan merupakan salah satu sebab kenapa orang masih membakar bunga api walaupun kebimbangan mengenai kesihatan semakin meningkat.

“Mereka juga fikir pencemaran adalah tinggi sepanjang tahun, jadi perayaan sehari tidak akan membawa banyak perbezaan,” katanya.

Dahiya menuntut penyelesaian jangka panjang dan kempen kesedaran besar-besaran dan bukanya hanya memberi tumpuan kepada beberapa hari sahaja setiap tahun.

Pada 2016, perayaan Diwali di Delhi meningkatkan pencemaran ke tahap tertinggi dalam tempoh hampir dua dekad - yang memaksa penutupan sekolah dan langkah darurat lain.

Pada bulan lepas WHO berkata pendedahan kepada udara toksik di dalam dan luar rumah membunuh kira-kira 600,000 orang kanak-kanak di bawah usia 15 tahun setiap tahun. — AFP

Advertisement