Anda di sini

Pakistan bebas Asia Bibi dari penjara

Advertisement
 Gambar fail yang dirakam pada 20 November 2010 ini dan dikeluarkan oleh                      Rumah Gabenor Punjab menunjukkan Taseer (kanan) menyerahkan dokumen kepada Asia Bibi  di Penjara Pusat di Sheikhupura. — Gambar AFP
SUDAH BEBAS: Gambar fail yang dirakam pada 20 November 2010 ini dan dikeluarkan oleh Rumah Gabenor Punjab menunjukkan Taseer (kanan) menyerahkan dokumen kepada Asia Bibi di Penjara Pusat di Sheikhupura. — Gambar AFP

ISLAMABAD: Seorang wanita Kristian di Pakistan yang menunggu pelaksanaan hukuman mati selama lapan tahun di penjara kerana kekufuran telah dibebaskan dari penjara selepas keputusan mahkamah untuk membebaskannya mencetuskan bantahan puak pelampau Islam, tetapi masih berada di Pakistan, kata pegawai semalam di tengah-tengah rayuan agar dia diberikan perlindungan suaka.

Pensabitan ke atas Asia Bibi dibatalkan oleh mahkamah tertinggi di negara itu pada Rabu lalu tetapi dia kekal dalam penjara sementara kerajaan berunding dengan golongan konservatif yang menyekat kota utama dan menuntut agar dia dibunuh segera.

Parti Islam telah berikrar untuk menunjuk perasaan di Karachi lewat semalam untuk membantah pembebasannya dan jumlah peserta dijangka bertambah dengan ketara ekoran berita tentang pembebasannya.

“Dia sudah dibebaskan,” kata peguamnya Saif-ul-Mulook dalam satu teks pesanan kepada AFP.

“Saya telah dimaklumkan dia berada dalam sebuah pesawat tetapi tidak ada orang yang tahu di mana dia akan mendarat.”

Ekoran bantahan terhadap keputusan pada minggu lepas, kerajaan bersetuju dalam satu perjanjian dengan golongan Islamis untuk mengenakan larangan perjalanan ke atas Bibi, dan tidak mencabar rayuan di Mahkamah Agung.

Jurucakap kementerian luar Muhammad Faisal semalam menafikan laporan media bahawa Bibi sudah meninggalkan negara, dan memberitahu AFP: “Dia berada dalam Pakistan.”

Sumber perisikan juga memberitahu AFP dia belum meninggalkan negara.

Perintah untuk membebaskannya tiba kelmarin di penjara di kota tengah Multan di mana dia ditahan, kata seorang pegawai penjara kepada AFP.

“Asia Bibi sudah meninggalkan penjara dan dipindahkan ke tempat selamat!” tweet Antonio Tajani selaku presiden Parlimen Eropah.

Seorang lagi pegawai pe-nerbangan awam, di Multan, berkata sebuah pesawat kecil tiba di bandar itu bersama “beberapa orang asing dan beberapa warga Pakistan” dalam pesawat untuk men-dapatkan Bibi.

Kesnya menggariskan perpecahan yang mendalami di antara golongan tradisionalis dengan golongan moden di negara Muslim yang taat itu.

Pensabitan berkenaan berpunca daripada satu insiden pada 2009 apabila Bibi disuruh mengambil air ketika dia bekerja di ladang.

Buruh wanita Muslim tidak mahu dia menyentuh mang-kuk air kerana dia bukan Muslim, dan pergaduhan dilaporkan meletus.

Seorang imam tempatan kemudian mendakwa Bibi menghina Nabi Muhammad.

Bibi sentiasa menafikan tuduhan itu, dan pendakwaan ke atasnya menghimpunkan kumpulan hak antarabangsa, ahli politik dan tokoh keagamaan.

Pope Benedict XVI me-nuntut pembebasannya pada 2010 manakala penggantinya Pope Francis berjumpa dengan anak perempuannya pada 2015.

Suami Bibi, Ashiq Masih, telah merayu agar Britain atau Amerika Syarikat memberikan perlindungan suaka kepada keluarganya dan beberapa kerajaan termasuk di Itali dan Perancis sudah menawarkan bantuan.

Peguamnya lari ke Belanda pada Sabtu lepas setelah nyawanya terancam.

Menteri Dalam Negeri Itali Matteo Salvini tweet: “Saya akan melakukan segalanya yang mampu dilakukan oleh manusia untuk menjamin masa depan wanita muda ini.”

Kekufuran (menghina Tuhan) merupakan tuduhan yang menimbulkan kemarahan di negara majoriti Muslim, Pakistan, di mana dakwaan menghina Islam tanpa asas boleh menyebabkan kematian di tangan perusuh.

Sekadar seruan untuk me-minda undang-undang telah mencetuskan keganasan, pa-ling khususnya pembunuhan Salmaan Taseer, gabenor wilayah Punjab di Pakistan, oleh pengawal keselamatannya sendiri di Islamabad pada 2011.

Taseer sebelum itu telah menuntut pembebasan Bibi, dan anaknya Shahbaz tweet “Pakistan Zindabad” (“Hidup Pakistan”) ekoran keputusan pada minggu lepas.

Ribuan pelampau Islam membanjiri jalanan untuk menunjuk perasaan selepas hakim Mahkamah Agung membatalkan pensabitan Bibi pada Rabu lalu.

Demonstrasi berlaku di bandar utama di seluruh negara ekoran keputusan tersebut, dan penunjuk pe-rasaan bersenjatakan belantan menyekat lebuh raya utama di Islamabad selain menutup jalan di Karachi dan Lahore.

Salah satu kumpulan pa-ling lantang dalam protes itu –Tehreek-e-Labaik Pakistan (TLP) – menuntut “pembelotan” terhadap kepimpinan tertinggi angkatan tentera selain pembunuhan hakim mahkamah tertinggi.

Dalam satu kenyataan TLP menganggap pembebasan Bibi sebagai “bertentangan dengan persetujuan kerajaan”.

“Seluruh atmosfera Pakistan berada dalam kesakitan dan kesedihan selepas mendengar berita tentang pembebasan wanita yang mempersendakan nabi,” katanya. — AFP

Advertisement