Anda di sini

Laporan polis terhadap pemilik FB hina TYT Sabah, mahkamah

Advertisement
 Sekumpulan penyokong Parti Warisan yang diketuai Nordin  (dua kiri) membuat laporan polis terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Tun Juhar dan pihak mahkamah. — Gambar Bernama
MELAMPAU: Sekumpulan penyokong Parti Warisan yang diketuai Nordin (dua kiri) membuat laporan polis terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Tun Juhar dan pihak mahkamah. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Sekumpulan penyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) semalam membuat laporan polis terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan pihak mahkamah.

Kumpulan yang diketuai oleh Nordin Ening itu berkata mereka membuat laporan itu untuk menggesa pihak polis menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun laman sosial berkenaan kerana telah mengeluarkan kenyataan tidak sopan.

“Pemilik akaun itu menggunakan bahasa kesat yang tidak sepatutnya. Provokasi seperti itu adalah sangat melampau dan kita mahu pemilik akaun Facebook itu dikenakan tindakan tegas,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini semalam.

Nordin berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dibanteras agar tidak berlarutan pada masa akan datang.

Pemilik akaun didakwa mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan kepada mahkamah dan Tun Juhar ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam yang telah memutuskan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah. — Bernama

Advertisement