Anda di sini

Kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh lepas tangan

Advertisement
 ADUN Telang Usan Dennis Ngau (kanan) dan ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil (tengah) kelihatan memerhatikan teks ucapan Julaihi (duduk) pada Persidangan DUN di Kuching, semalam.
TERTARIK: ADUN Telang Usan Dennis Ngau (kanan) dan ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil (tengah) kelihatan memerhatikan teks ucapan Julaihi (duduk) pada Persidangan DUN di Kuching, semalam.

KUCHING:  Pakatan Harapan (PH) tetap perlu membayar balik separuh kos pembinaan Jambatan Batang Lupar iaitu RM400 juta daripada nilai RM1 bilion yang akan ditanggung Kerajaan Sarawak sekiranya PH berdepan kekangan kewangan.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata jambatan sepanjang 5.1 km itu tetap akan dibangunkan sebagai nadi jaringan perhubungan di laluan pesisir pantai Sarawak.

Berdasarkan perjanjian bersama kerajaan pusat (BN) sebelum ini, kos pembinaan ditanggung bersama iaitu 50-50 antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Bagaimanapun, pembinaan projek ditangguh setelah tampuk kerajaan pusat diambil alih Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, Julaihi menggesa Menteri Kerja Raya yang juga ADUN Ba’Kelalan Baru Bian untuk meyakinkan pemimpin PH di Putrajaya terhadap hasrat Kerajaan Sarawak dengan mengembalikan bayaran pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Dalam pertemuan dengan Baru, Julaihi berkata Baru positif dan bersetuju untuk mengemukakan permohonan Kerajaan Sarawak kepada Putrajaya untuk pertimbangan dalam RMK12.

“Kita mahu meyakinkan pemimpin PH bahawa kita mahu RM400 juta dikembalikan pada RMK12 sekiranya kerajaan pusat tidak memiliki sumber kewangan (ketika ini).

“Kita boleh teruskan pembinaan jambatan di bawah RMK11,” jelasnya kepada pemberita semalam.

Julaihi berkata, Kerajaan Sarawak akan menanggung kos tambahan pembinaan untuk menjadikan jambatan sebagai mercu tanda ikonik dan produk pelancongan baharu Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam membentangkan Belanjawan Sarawak 2019, mengumumkan untuk mengambil alih dan meneruskan projek itu.

“Ini membuktikan Kerajaan Sarawak mengambil kira kepentingan rakyat luar bandar dan pesisr pantai.

“Ia juga kerana Jambatan Batang Lupar adalah antara jambatan paling strategik di laluan pesisir pantai di Sarawak. Kita perlu bina jambatan ini kerana ia strategik,” jelasnya.

Julaihi berkata, projek bernilai RM1 bilion itu turut melibatkan pembinaan jalan tuju dari Sebuyau dan Triso masing-masing sepanjang 5.7 km.

“Dengan adanya infrastruktur akan membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan luar bandar.

“Kita tidak mahu ada pihak-pihak yang mahu mensabotaj projek jambatan dan jalan di luar bandar dan persisir. Ia  nadi untuk menggerakkan luar bandar, dengan perhubungan di luar bandar dan pedalaman tetap diutamakan kerajaan,” tambahnya.

Mengenai projek Jambatan Batang Seribas dengan anggaran kos RM495 juta dan Sungai Krian (RM174 juta), kedua-dua nya dirancang akan mula dibina pada suku pertama tahun depan.

Untuk Jambatan Marudi, projek juga akan dimulakan pada suku pertama tahun depan dengan melibatkan kos sebanyak RM90 juta.

Jambatan Long Lama yang bernilai RM67.1 juta akan siap pada 31 Mac dan dibuka kepada umum pada bulan April rojek siap dalam tempoh tiga tahun.

Julaihi berkata, projek jambatan ini dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak.

Advertisement