Anda di sini

Jangan samakan kos bina semula sekolah daif

Advertisement
 Dr Annuar ketika ditemui wakil media menjelaskan isu kos membina semula sekolah daif di Sarawak di Bilik Media, DUN semalam.
TIDAK ADIL: Dr Annuar ketika ditemui wakil media menjelaskan isu kos membina semula sekolah daif di Sarawak di Bilik Media, DUN semalam.

KUCHING:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen seharusnya tidak menyamakan kos pembinaan semula setiap sekolah daif negeri ini.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata pelbagai faktor berkaitan projek berkenaan mesti diambil kira dan setiap sekolah memerlukan keperluan berbeza.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen mempersoal kos pembinaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan, Bintulu dan SK Maludam, Betong yang mencecah kira-kira RM88.2 juta.

Beliau berkata kedua-dua sekolah berkenaan mempunyai keperluan berbeza terutama dari segi fasiliti disediakan.

“Sebagai contoh, SK Ulu Segan mempunyai dua asrama untuk 200 pelajar, tidak hanya bilik darjah. Apabila ada asrama, ia perlu dua blok, satu untuk pelajar lelaki dan satu blok lagi untuk perempuan serta dewan makan.

“Sesetengah sekolah tidak memerlukan fasiliti seperti ini dan kos (pembinaannya) lebih murah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Media, Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Beliau menambah, faktor lain perlu diambil kira termasuk lokasi sekolah serta struktur tanah (tapak).

“Faktor-faktor ini perlu diambil kira dan oleh itu beliau (Chong) tidak boleh me-      nyamakan ‘Sekolah A’ kosnya RM40 juta dan ‘Sekolah B’ juga RM40 juta.

“Kamu tidak boleh me-nyamakannya seperti itu,” ujarnya.

Dr Annuar yang juga ADUN Nangka juga berkata adalah tidak adil untuk Chong mempersoal kenapa sekolah yang hanya mempunyai kira-kira 200 pelajar memerlukan sebuah sekolah yang kosnya RM40 juta.

“Ini tidak adil kerana kita mengambil kira masa depan, kawasan ini akan berkembang maju. Penduduknya akan bertambah pada masa akan datang.

“Jika kita membina sekolah hanya untuk menempatkan 250 pelajar, 10 tahun kemudian, jika ada keperluan untuk membina sekolah baharu, kosnya mungkin lebih mahal,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sebagai pemimpin, perlulah lebih bertanggungjawab me-rancang masa depan.

“Beliau (Chong) adalah timbalan menteri, jadi beliau perlu lebih bertanggung-       jawab apabila bertanya soalan. Kamu perlu merancang untuk masa depan bukan hanya untuk hari ini,” ujarnya.

Terdahulu pada sidang media pagi semalam, Chong yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak mencabar Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Tek-nologi Dato Sri Michael Manyin dan Dr Annuar agar mendedahkan spesifikasi penuh cadangan projek bina semula SK Ulu Segan dan SK Maludam.

Chong berkata RM40 juta untuk membina semula SK Ulu Segan di lokasi baharu dan RM48.2 juta juga untuk membina semula SK Meludam, Betong di lokasi baharu adalah jumlah yang luar biasa.

“Semalam Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Pe-nyelidikan Teknologi Dr Annuar dalam jawapannya berkata setiap sekolah memerlukan kos jumlah yang berbeza untuk dibaik pulih atau dibina semula dan jumlah pelajar bukan penentu kos.

“Justeru turut mencabar Menteri (Manyin) dan Menteri Muda menyatakan spesifikasi penuh projek pembinaan semula sekolah ini, sehingga ia memerlukan kos yang sangat tinggi termasuk bagaimana tender dibuat sama ada kontraktor dilantik atau dipilih,” katanya.

Advertisement