Anda di sini

Imigresen tahan 41,018 PATI setakat kelmarin: Mustafar

Advertisement
 Mustafar (kanan) beramah mesra bersama orang awam sewaktu meninjau ruang kerja pejabat ketika merasmikan Pejabat Imigresen Cameron Highlands semalam. — Gambar Bernama
TINJAU: Mustafar (kanan) beramah mesra bersama orang awam sewaktu meninjau ruang kerja pejabat ketika merasmikan Pejabat Imigresen Cameron Highlands semalam. — Gambar Bernama

CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak 41,018 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi yang dijalankan di seluruh negara sejak 1 Ja-nuari hingga kelmarin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata penahanan itu hasil daripada 12,659 operasi dengan pemeriksaan 165,490 premis yang dijalankan di seluruh negara.

Katanya, PATI warga Indonesia antara teramai yang ditahan iaitu 13,614 orang diikuti warga Bangladesh (8,748) Myanmar (4,068), Filipina (3,549), Thailand (2,791) dan lain-lain (8,248).

“Kita melaksanakan ope-rasi hari-hari, namun masih terdapat majikan yang berdegil dengan menggajikan serta melindungi PATI dan sehingga kini sebanyak 1,166 majikan yang telah kita tangkap yang mana majoritinya telah didakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat Imigresen Cawangan Cameron Highlands di Terminal Freesia, Tanah Rata di sini semalam.

Mustafar berkata menerusi Ops Gading yang telah dijalankan di Cameron Highlands sepanjang tahun ini, sebanyak 19 premis diperiksa dengan 91 PATI ditahan setakat minggu lepas.

Katanya, jumlah itu me-ningkat berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 71 PATI ditahan menerusi pemeriksaan di 19 premis di seluruh kawasan berkenaan.

Mengulas mengenai pejabat Imigresen itu, Mustafar berkata pembukaan pejabat pengeluar pasport ke-73 itu dapat memberi manfaat kepada lebih 35,000 penduduk untuk mendapatkan pasport selain memudahkan majikan memperbaharui serta meng-uruskan urusan pekerja asing mereka.

“Pejabat ini bukan sahaja untuk kemudahan masyara-kat di sini tetapi juga untuk orang ramai yang kebetulan melancong di sini (Cameron Highlands) dan ingin membuat pasport selain untuk urusan visa serta permit.

“Seperti yang kita tahu hampir 8,000 pekerja asing bekerja di sini, jadi majikan lebih mudah untuk meng-uruskan mereka terutama sekiranya pasport atau permit pekerja mereka tamat tempoh dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mustafar berkata pihaknya menawarkan gantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir yang telah kehilangan pasport atau rosak, namun pasport tersebut harus mempunyai tempoh sah laku melebihi setahun.

Katanya, untuk mendapat-kan gantian pasport, mangsa banjir perlu mendapatkan laporan polis dan pengesahan bencana banjir dari Pejabat Daerah, Ketua Kampung atau Ahli Jawatankuasa Pusat Pemindahan Banjir terlebih dahulu.

“Proses gantian pasport adalah dalam tempoh lima hari bekerja dan kemudahan ini berkuat kuasa mulai hari ini (semalam) sehingga 31 Disember nanti,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 590 pasport gantian percuma telah diserahkan kepada mangsa banjir pada tahun lepas. — Bernama

Advertisement