Anda di sini

Bayi perempuan lahir dalam jentera EMRS bomba

Advertisement
Bayi perempuan yang dilahirkan dalam jentera EMRS Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, awal pagi Khamis - Gambar ehsan  bomba.
Bayi perempuan yang dilahirkan dalam jentera EMRS Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, awal pagi Khamis - Gambar ihsan bomba.

KUCHING: Seorang ibu yang sarat mengandung melahirkan bayi perempuannya di dalam jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) milik Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, sekitar pukul 6.30 pagi Khamis.

Pegawai Perhubungan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sarawak Muhd Mirza Dzalmira Mira berkata wanita terbabit tiba di pekarangan balai bomba tersebut bersama keluarganya dengan menaiki sebuah kereta.

“Ibu wanita mengandung terbabit meminta pertolongan untuk membawa anaknya yang sarat mengandung ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Bagaimanapun, belum sempat jentera EMRS membawanya ke HUS, wanita terbabit  melahirkan anaknya yang disambut oleh anggota EMRS BBP Petra Jaya,” katanya.

Ini merupakan kali pertama bayi dilahirkan dalam jentera EMRS Bomba Petra Jaya.

Bayi terbabit bersama ibunya kemudian terus dirujuk ke HUS untuk tindakan selanjutnya.

Bayi tersebut merupakan anak kedua pasangan Mohd Rayyan dan Nurul Jasmine Abdul Malik.

Difahamkan bayi tersebut belum diberi nama.

  • oleh
  • Advertisement