Anda di sini

24 pasukan bakal berentap rebut gelaran juara

Advertisement
AJAHAR
AJAHAR

MUKAH: Setelah dua kali tarikh ditunda, akhirnya kejohanan bola sepak sembilan sebelah anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) bakal berlangsung pada 10 dan 11 November ini.

Tarikh asal kejohanan tersebut adalah pada 6 dan 7 Oktober lalu dibawa pada 3 dan 4 November.

Namun, atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan akhirnya ia diputuskan untuk dilangsungkan pada 10 dan 11 November ini.

Presiden MuFA, Sarjan Ajahar Bakar memberitahu sebanyak 24 pasukan telah mengesahkan bakal berentap untuk merangkul gelaran juara pada kejohanan dua hari itu.

“Pasukan-pasukan terlibat dibahagikan kepada lapan kumpulan dan perlawanan pusingan pertama akan dijalankan secara berkumpulan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, hanya satu pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan terpilih untuk mara ke pusingan seterusnya.

Semua perlawanan berlangsung di Padang Mesra Majlis Daerah Dalat Mukah (MDDM).

Sesi cabutan undi dan taklimat kejohanan kepada semua pasukan diadakan pada 7 November lalu.

Pada kali ini, kejohanan sembilan sebelah MuFA dijayakan bersama Mentari Mahawangsa Sdn Bhd.

Juara bakal membawa balik wang tunai RM1,000 bersama medal dan trofi diikuti naib juara menerima hadiah wang tunai RM700, medal dan trofi.

Sementara tempat ketiga mendapat wang tunai RM500 bersama medal serta trofi.

  • oleh
  • Advertisement