Anda di sini

‘SHIVER’ hadiah Bunkface buat peminat

Advertisement

SEBUAH album fizikal yang terhad bagi single terbaharu Bunkface berjudul ‘Shiver’ kini boleh dibeli menerusi platform media sosial rasmi Bunkface dengan harga hanya RM10 sahaja.

Ekoran kejayaan ‘Kita Punya Malaysia’ yang digelar sebagai lagu Hari Kemerdekaan Malaysia pada 2018, Bunkface mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan memperkenalkan lagu single baharu mereka dalam bahasa Inggeris ‘Shiver’.

 

Dirakamkan sepenuhnya di studio mereka sendiri, BF Rockstation, lagu ini mempunyai rasa yang lebih peribadi bagi kumpulan tersebut.

Dengan bantuan Izzy Musa sebagai penerbit bersama, ‘Shiver’ disusun dengan cara yang unik.

Dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, Bunkface menyebut bahawa lagu itu diabadikan kepada peminat mereka kerana mereka berasa seram sejuk apabila peminat mereka menyanyi balik untuk mereka.

Dirakamkan di MAPS, Perak, video muzik rasmi untuk ‘Shiver’ menyajikan pendekatan sinematografi yang lebih moden berbanding video mereka sebelum ini.

Direkodkan oleh CST Production dan diarah oleh Bunkface sendiri, video muzik itu lebih memaparkan Sam dan mereka menambah sentuhan aksi ngeri oleh pasukan ‘Stunt Legend’ MAPS sendiri.

‘Shiver’ juga akan dimasukkan ke dalam album Bunkface yang akan datang, bersama dengan lagu-lagu ‘Kembali’ dan ‘Apa Pun Tak Boleh’, satu lagu kolaborasi dengan nama Pop Yeh Yeh yang legenda di Malaysia, Dato’ Jeffrydin dan Caprice.

Advertisement