Anda di sini

Mayat dengan beg berisi batu ditemukan di Sungai Sembulan

Advertisement
MAYAT mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat.
MAYAT mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat.

KOTA KINABALU: Penduduk di Kampung Sembulan gempar sebaik melihat mayat lelaki terapung di Sungai Sembulan di sini, malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mayat yang lengkap berpakaian itu ditemukan orang awam kira-kira jam 9.20 malam.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada muka mangsa dan turut memakai beg sandang yang berisi batu.

"Setakat ini, kita masih belum mengetahui identiti mangsa. Bagaimanapun, mangsa dipercayai berumur dalam lingkungan 40 tahun dan berbangsa India berdasarkan warna kulit dan tatu pada lengan kiri serta kanan," katanya.

BEG sandang berisi batu yang dipakai mangsa ketika ditemukan di Sungai Sembulan.
BEG sandang berisi batu yang dipakai mangsa ketika ditemukan di Sungai Sembulan.

Habibi berkata tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tambahnya orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau pekerja mengikut ciri-ciri yang dinyatakan pada mangsa diminta agar menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 016 665 6641 atau balai polis berdekatan.

  • oleh
  • Advertisement