Anda di sini

Lelaki warga asing didakwa miliki 3,780 kotak rokok

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan memiliki barang larangan sebanyak 3,780 kotak rokok bernilai RM5,359.60.

Bakhtiar Khan, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes selepas pertuduhan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dibacakan kepadanya.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 23 November terhadap tertuduh yang diwakili peguam Mohd Amirul Amin.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di sebuah rumah sewa, Taman Kuala Manggatal, di sini, pada 21 Februari.

Jika sabit salah denda minimum 10 kali ganda hingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Nanang Alam menyatakan tertuduh ditangkap pada tengah malam Rabu di University Apartment, Jalan Sulaman.

Katanya sebelum ini kes berkenaan disebut di mahkamah pada 5 Oktober, namun tertuduh gagal hadir dan waran tangkap dikeluarkan.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan ditawarkan kepada Bakhtiar dan diperintahkan terus direman.

  • oleh
  • Advertisement