Anda di sini

Disney bawakan kisah ‘Nutcracker’ yang berbeza ke skrin besar

Advertisement
 Keira Knightley (kanan) dan Mackenzie Foy semasa tayangan perdana filem ‘The Nutcracker and the Four Realms’ di London pada 1 November lepas. — Gambar Reuters
KISAH BERBEZA: Keira Knightley (kanan) dan Mackenzie Foy semasa tayangan perdana filem ‘The Nutcracker and the Four Realms’ di London pada 1 November lepas. — Gambar Reuters

CERITA musim cuti yang begitu disukai mengenai pemainan kanak-kanak yang hidup iaitu ‘The Nutcracker’ kini beralih dari pentas balet ke skrin besar dalam kisah aksi-kembara yang dikeluarkan oleh Walt Disney Co dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh dunia termasuk Malaysia.

Dalam ‘The Nutcracker and the Four Realms’ terbitan Disney, Mackenzie Foy berlakon sebagai Clara, seorang gadis berusia 14 tahun yang begitu tertarik dengan kejuruteraan dan cuba memikirkan cara untuk membuka sebuah hadiah Krismas yang ditinggalkan oleh ibunya yang baharu meninggal dunia.

Clara tidak lama kemudian mendapati diri dalam alam semesta selari yang indah namun bermasalah di mana dia bertemu dengan seorang askar ‘nutcracker’, dan kedua-dua mereka memulakan usaha yang bahaya untuk mencari kunci kepada hadiah Clara.

“Saya rasa ia benar-benar menggambarkan semangat itu, perasaan musim percutian itu, tetapi ia juga ada aksi dan kembara dan keterujaan,” kata Foy, yang paling terkenal kerana wataknya sebagai anak perempuan Edward dan Bella dalam ‘The Twilight Saga’, kepada Reuters di tayangan perdana dunia bagi filem tersebut di Hollywood baru-baru ini.

Filem itu berdasarkan cerita pendek tulisan E.T.A. Hoffman pada 1816 dan penceritaan semula oleh Alexandre Dumas dalam balet Tchaikovsky ‘The Nutcracker’ pada 1892, dan kini sedang dipersembahkan di atas pentas di seluruh dunia sempena musim  perayaan Krismas.

Filem Disney memuatkan hanya sebahagian kecil sahaja persembahan balet dalam penerbitan pentas biasa bagi ‘The Nutcracker’.

Dalam filem itu, bintang American Ballet Theater, Misty Copeland, dan penari Ukraine, Sergei Polunin, membuat persembahan dalam satu pertunjukan bagi Clara selepas dia tiba di Dunia Gula-gula (‘Land of Sweets’).

Keira Knightley membawa watak ‘Sugar Plum Fairy’, yang di dalam filem itu tidak menari tetapi mengalu-alukan Clara ke Four Realms dengan kemanisannya yang berlebihan dan rambut gula-gula kapas berwarna merah jambu.

Knightley, yang terkenal kerana drama sejarah seperti ‘Pride & Prejudice’, berkata dia seronok membawa jenis watak yang berlainan.

“Saya telah membuat kerja dengan perkara subjek yang agak serius,” katanya, “dan ia sangat bagus untuk membuat sesuatu yang sama sekali bodoh tanpa sebarang kelicikan di dalamnya.”

— Reuters

Advertisement