Anda di sini

Filem biopik Freddy Mercury ‘Bohemian Rhapsody’ ungguli box office AS

Advertisement
 

FILEM biopik Freddy Mercury, ‘Bohemian Rhapsody’, melambung ke tempat teratas di box office Amerika Utara pada hujung minggu, membuktikan sekali lagi yang penonton lebih penting daripada pengkritik.

Filem itu mencatat kutipan jualan tiket yang tidak disangka-sangka sebanyak AS$51 juta, kata pengesan industri Exhibitor Relations pada Isnin, jauh di hadapan filem baru Disney ‘The Nutcracker and the Four Realms’ yang memperolehi AS$20 juta dan filem Paramount ‘Nobody’s Fool’ dengan AS$13.8 juta.

‘Rhapsody’, dengan aktor Amerika-Mesir Rami Malek berlakon sebagai Mercury yang berkarisma itu, mencatat salah satu pembukaan terbaik yang pernah dilakukan oleh sebuah filem biopik mengenai muzik.

Filem itu telah menerima ulasan-ulasan yang sesungguhnya bercampur. Vox.com menyingkirkannya sebagai “filem yang sangat-sangat membosankan ... salah satu manusia yang paling membosankan yang pernah hidup,” manakala The Washington Post memanggil ia satu “filem teruk yang berjaya, walaupun apabila ia tidak harus berjaya.”

Tetapi Malek, pemenang Primetime Emmy untuk peranannya di drama TV ‘Mr. Robot’, telah memenangi kebanyakannya sanjungan tinggi.

Ketika Fox pada dasarnya membayar AS$50 juta kos pengeluaran ‘Rhapsody’ dengan pembukaan hujung minggu yang diperolehi filem itu, nasib Disney tidak begitu bagus dengan ‘Nutcracker’, yang menelan belanja AS$125 juta untuk dibuat. Variety berkata, studio berharap cerita Krismas klasik itu akan bertahan lama sehingga ke minggu-minggu cuti.

Tetapi sama seperti ‘Rhapsody’, filem Keira Knightley itu turut mendapat beberapa ulasan yang kurang daripada menyerlah. “Tchaikovsky,” kata Rolling Stone, “mati pun tidak tenang.”

Begitu juga ‘Nobody’s Fool’, filem komedi dengan penarafan ‘R’ pertama Tyler Perry, yang turut berdepan nasib yang sama di kerusi panjang pengkritik, dengan HollywoodReporter.com mengesalinya sebagai “skrip cacat yang kekok.”

Ia dibintangi oleh Tiffany Haddish yang popular sebagai seorang wanita yang baru dibebaskan dengan parol yang cuba untuk membantu saudara perempuannya membalas dendam terhadap seorang lelaki yang menipunya.

Di tempat keempat, filem Warner Bros. ‘A Star Is Born’ memperolehi AS$11 juta dalam minggu kelimanya ditayangkan.

Bradley Cooper, dalam arahan sulungnya, berlakon sebagai seorang pemuzik kuat minum yang menjalin hubungan cinta dengan seorang penyanyi muda berbakat dilakonkan oleh Lady Gaga.

Tidak jauh di belakang di tempat kelima ialah filem ‘Halloween’ dengan AS$10.8 juta.

Filem seram dengan bajet yang rendah itu melihat Laurie Strode (dimainkan sekali lagi oleh Jamie Lee Curtis) dalam satu pertembungan terakhir dengan pembunuh gila bertopeng beberapa dekad selepas dia terselamat daripada pembunuhan pertamanya.

Melengkapkan 10 filem teratas pada hujung minggu di pawagam Amerika Syarikat adalah ‘Venom’ (AS$7.9 juta), ‘Smallfoot’ (AS$3.9 juta), ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’ (AS$3.8 juta), ‘Hunter Killer’ (AS$3.5 juta) dan ‘The Hate U Give’ (AS$3.4 juta).

— AFP

Advertisement