Anda di sini

Curi telefon bimbit, buruh kena satu tahun

Advertisement
 

SANDAKAN: Seorang buruh tempatan dipenjara selama satu tahun oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas kesalahan mencuri sebuah telefon bimbit.

Majistret Sofia S. Sawayan menjatuhkan hukuman itu ke atas Asher Abd Kadir, 41, kerana mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan di Taman Rekreasi Indah Jaya, Batu 4 di sini kira-kira jam 11 malam pada 4 September lepas.

Berdasarkan fakta kes, mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan balik ke rumah apabila secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali datang dari arah belakang dan bertindak menarik telefon miliknya yang digantung di leher. Tertuduh kemudian melarikan diri. Anggaran kerugian sebanyak RM500.

Tertuduh kemudian berjaya ditangkap sepasukan anggota polis di rumahnya di Kampung Sim-Sim, sehari selepas kejadian itu. Turut dirampas, telefon bimbit yang dipercayai dicuri.

Atas kesalahan itu, Asher didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

  • oleh
  • Advertisement