Anda di sini

Jenama Malaysia muncul pemenang World Branding Awards 2018 di London

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jenama Malaysia merupakan antara pemenang World Branding Awards 2018 berprestij yang berlangsung di Kensington Palace, London baru-baru ini.

Pemenang dari Malaysia ialah Getha, Golden Screen Cinemas, Maybank, MML, Mr. D.I.Y., Pertama, Secret Recipe, Spritzer, Sunway Lagoon, Sunway Property, Sunway University dan Tenaga Nasional.

World Branding Awards adalah pengiktirafan jenama dunia utama, yang menyaksikan 270 jenama dari 33 negara diberikan Jenama Terbaik Tahun Ini, menurut kenyataan itu.

Jenama dari Singapura yang turut memenangi anugerah tersebut ialah BreadTalk, DBS, Great Eastern, Raffles Education, Singapore Airlines, Singtel dan Skylight.

Beijing Tong Ren Tang, BMW, Cartier, Club Med, JinkoSolar, Lego, L’Oréal, Louis Vuitton, Nescafé, Rolex, Samsung, Schwarzkopf dan Yakult juga diumumkan sebagai pemenang global tahun ini.

Pemenang dinilai berdasarkan tiga aspek – penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan pengundian dalam talian.

70 peratus daripada proses penskoran adalah dari undian pengguna – lebih 230,000 pengguna seluruh dunia menyertai proses undian.

“Lebih 4,500 jenama dari 57 negara dicalonkan tahun ini, dengan 351 jenama dari 49 negara diumumkan sebagai pemenang – 81 jenama dari 16 negara menerima anugerah itu di New York manakala 270 pemenang dari 33 negara lagi di London,” kata Ketua Eksekutif World Branding Forum, Peter Pek.

Penganugerahan memasuki tahun kelima kali ini, dianjurkan oleh World Branding Forum – organisasi tidak berasaskan keuntungan yang bertujuan memajukan standard penjenamaan.

Maklumat lanjut layari https://awards.brandingforum.org. — Bernama

Advertisement