Anda di sini

Produk petroleum dikenakan cukai lima peratus mulai 1 Januari depan

Advertisement
Abang Johari ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini. 

KUCHING: Kerajaan negeri akan mengenakan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum bermula 1 Januari 2019.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata produk itu ialah minyak mentah, gas asli, gas asli cecari, baja kimia dan gas ke produk-produk cecair.

Jangkaan pendapatan hasil cukai dikenakan terhadap produk petroleum ialah RM3.897 bilion pada 2019. 

“Hasil yang lebih tinggi yang dijangkakan dari aliran pendapatan baru ini bersama dengan sumber pendapatan lain serta pembiayaan alternatif akan membantu menyokong kerajaan dalam usaha-usahanya dalam program pembangunan dan projek utama,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Dengan pendapatan daripada cukai itu, kerajaan negeri akan membangunkan Sarawak agar setaraf kemajuan dengan Semenanjung Malaysia.

Ia juga dapat merapatkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar.

Malah, ia akan menaiktaraf kualiti kehidupan rakyat terutama mereka yang di luar bandar.

Dengan kedudukan kewangan negeri yang kukuh, kerajaan negeri dapat menggerakkan perancangan untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri berpendapatan tinggi pada 2030.

“Kita memiliki komitmen tinggi bagi memastikan warga Sarawak bukan sahaja berjuang untuk keperluan asas, tetapi juga berpeluang untuk memperolehi kehidupan lebih baik dan cerah,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement