Anda di sini

Kenapa Saya Berterima Kasih

Advertisement
 

Semalam seorang kenalan bertanya tentang kepentingan rasa terima kasih. Saya teringat seorang rakan sekerja menanya saya soalan yang serupa beberapa minggu yang lepas apabila saya berbelanja mereka makan sebagai tanda terima kasih.

“Bos, ini hebat sekali, ribuan terima kasih… tetapi boleh saya tanya kenapa bos meluangkan masa untuk berbuat demikian. Sesungguhnya, saya cuma membuat kerja saya.”

“Cuma membuat kerja saya.”

Saya menjawab, “cuma” membuat kerja mereka (dengan cemerlang) bermakna Leaderonomics* menimba manfaat daripada usaha gigih dan sumbangan mereka yang berterusan.

“Cuma” membuat kerja mereka memudahkan hidup kerja bos mereka kerana mereka begitu ceria sekali membuat kerja mereka.

“Cuma” membuat kerja mereka bermakna klien, sekolah tempatan, dan belia di seluruh negara diimpakkan dengan positif, hasil kerja keras, bakat dan komitmen mereka.

Saya amat berterima kasih untuk setiap seorang dalam pasukan saya. Tanpa mereka, saya tidak dapat membuat apa yang saya lakukan. Saya tidak terdaya membentuk pemimpin seorang diri; saya tidak berupaya mewujudkan kelab, program dan inisiatif merentas Malaysia seorang diri.

Saya menunjukkan rasa terima kasih untuk satu sebab: Saya amat bertuah dikelilingi individu-individu yang sudi bekerja dengan cemerlang dan begitu ceria berusaha bersama  untuk mencapai matlamat dan visi organisasi: menjadikan Malaysia negara yang lebih hebat daripada sekarang.

Tidak sesiapa yang “cuma” membuat kerja yang bekerja dengan saya. Sumbangan mereka memberi impak yang lebih besar daripada yang disedari mereka — dan saya sebenarnya belajar begitu banyak daripada mereka.

Oleh kerana itu, saya amat berterima kasih.

Berkaitan: Berterima Kasih

Sumber
Sumber
  • oleh
  • Advertisement