Anda di sini

RECODA fokus pembangunan infrastruktur luar bandar

Advertisement
Juara kategori ‘gross’ VIP, Saferi Ali (kiri) menerima hadiah dari Abang Johari sambil disaksikan Ismawi
Juara kategori ‘gross’ VIP, Saferi Ali (kiri) menerima hadiah dari Abang Johari sambil disaksikan Ismawi

KUCHING: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) akan meneruskan pembangunan luar bandar dengan menfokuskan pembangunan infrastruktur awam.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beberapa kawasan luar bandar juga boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.

“RECODA akan memberi fokus kepada pembangunan luar bandar di Sarawak yang merangkumi jalan raya, bekalan air dan elektrik kerana ia akan memberi manfaat kepada penduduk luar bandar,” katanya berucap majlis penyampaian hadiah Pertandingan Golf Ulangtahun Ke-10 RECODA di Kelab Golf Sarawak (KGS)  di sini, hari ini. 

Menurut Abang Johari, kawasan seperti Bakun dan Baleh mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan.

“Sebab itu kita mahu memperbaiki infrastruktur kawasan luar bandar kerana pembangunan akan memberi manfaat kepada masyarakat dan negeri,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni berkata pihaknya bercadang untuk menjadikan pertandingan itu sebagai aktiviti tahunan RECODA.

Ini kerana pertandingan yang diadakan itu mendapat respons menggalakkan dari pengamal sukan golf.

“Ini kali pertama kita menganjurkan pertandingan golf sempena ulangtahun ke-10 RECODA.

“Pertandingan ini disertai seramai 140 peserta termasuk pemain wanita,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement