Anda di sini

Songket dan keringkam dibukukan

Advertisement
 Warisan Melayu Sarawak' sambil disaksikan Awang Tengah serta tetamu kehormat lain.
Abang Johari melancarkan Buku Mewah 'Songket dan Keringkam: Warisan Melayu Sarawak' sambil disaksikan Awang Tengah serta tetamu kehormat lain.

KUCHING: Keunikan dan kehebatan sejarah, tatacara pemakaian, motif,falsafah serta inovasi produk Songket dan Keringkam Sarawak kini  dibukukan, dalam Buku Mewah 'Songket dan Keringkam : Warisan Melayu Sarawak'.

Ditulis oleh Suhana Sarkawi, Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim dan Dr Nadianatra Musa, buku ini telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Malam Pesona Songket dan Keringkam Antarabangsa 2018 malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap pengerusi Malam Pesona Songket dan Keringkam Antarabangsa 2018, Datu Dr Sabariah Putit.

Buku yang julung kalinya diterbitkan untuk tatapan khalayak tempatan dan luar negara ini dibahagikan kepada beberapa bahagian bab yang dinamakan sempena nama motif pada produk tekstil Melayu Sarawak.

Ia diterbitkan oleh penerbit Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan hak ciptanya adalah dimiliki oleh kerajaan Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement