Anda di sini

Lelaki mengaku tidak salah miliki 13.97 gram dadah

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang pemuda yang berhadapan hukuman gantung sebelum ini, bernasib baik apabila pertuduhannya dikurangkan kepada memiliki dadah seberat 13.97 gram.

Bagaimanapun Raj Sudi yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Oleh itu, Cindy menetapkan tarikh pengurusan kes pada 14 November terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 39 A (1) akta sama.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh memiliki dadah jenis Metaphetamine terbabit, pada 3 September jam 9.30 malam di tanah lapang Lembaga Padi, Inanam, di sini.

Tertuduh sebelum ini berhadapan dengan hukuman gantung, apabila didakwa atas pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39 B (1)(a) akta sama.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin menyatakan laporan kimia suda diperolehi dan beliau mengemukakan pertuduhan pindaan.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang berusia awal 20-an dan diperintahkan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement