Anda di sini

Lelaki didakwa terima harta curi

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan dengan curang menerima harta curi.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu terhadap Walter Lasingin, 26, yang didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Pada Rabu kes disebut untuk keputusan arahan daripada Timbalan Pendakwaraya, mengenai status kes terhadap tertuduh.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin memberitahu pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwaraya supaya tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan atas pertuduhan itu.

Sebelum ini, pengadu kes berkenaan hadir di mahkamah menyatakan ingin menarik laporan kes terhadap tertuduh.

Menurutnya tertuduh masih muda dan polis sudah berjaya mendapatkan barang miliknya.

Tertuduh didakwa menerima sebuah mesin gergaji elektrik yang diketahuinya harta curi, pada 11 Oktober jam 2.30 petang di sebuah kilang papan, Kampung Simpudu, Papar.

Jika sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

  • oleh
  • Advertisement