Anda di sini

Lelaki didakwa membunuh ketahui nasib 11 Februari

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang lelaki tempatan, akan mengetahui nasibnya di Mahkamah Tinggi di sini, pada 11 Februari tahun hadapan.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Hibir Azian, 22, setelah perbicaraan kes ditutup pada peringkat pendakwaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Korvent  E. Jomiji akan mengetahui nasibnya pada tarikh itu nanti, sama ada dipanggil membela diri atas pertuduhan atau sebaliknya.

Mengikut pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Hibir membunuh seorang lelaki tempatan Jotin Yojunpin, 42.

Kesalahan dilakukan pada 29 Disember 2016 jam 1 petang di sebuah rumah tidak bernombor, Jalan Garau, Kampung Narandang, Kudat.

Jika sabit salah boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Nurchaya mengarahkan pihak pembelaan memfailkan hujah pada 23 November dan hujahan balas daripada pihak pendakwaan dibalas pada 21 Disember.

Tertuduh mula didakwa pada 1 November tahun lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Sepanjang perbicaraan seramai 16 saksi daripada pihak pendakwaan dipanggil memberikan keterangan.

Timbalan Pendakwaraya Wan Farrah Fariza Wan Ghazali bertindak untuk pihak pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement