Anda di sini

‘Lelengau Ke Nuan’ juara ACSJ Kelima tahun 2018

Advertisement
 Karen menjulang trofi juara Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) Kelima di Betong malam Sabtu lepas. Turut kelihatan Rentap (kiri Karen), para pemenang dan finalis serta tetamu jemputan yang lain.
JUARA: Karen menjulang trofi juara Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) Kelima di Betong malam Sabtu lepas. Turut kelihatan Rentap (kiri Karen), para pemenang dan finalis serta tetamu jemputan yang lain.

KUCHING: Lagu ‘Lelengau Ke Nuan’ dari penyanyi Karen Libau dinobatkan sebagai juara Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) Kelima bagi tahun 2018.

Persembahan akhir bagi penentuan juara berlangsung di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di Betong malam kelmarin.

Selaku juara, Karen membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10 ribu beserta sebuah trofi.

Manakala naib juara disandang penyanyi Mattheus Akun Balang menerusi lagu berjudul ‘Sampi’ dan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula disandang oleh penyanyi Fereny Minea dengan lagunya ‘Lepas ke Aku Pegi’ serta membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.

Bagi kategori vokal terbaik pula dimenangi oleh penyanyi Eisner Nala menerusi lagu ‘Jalai Pengerindu Tua’ dan menerima hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi.

Kategori persembahan terbaik dimenangi Mark  Benet manakala kategori lirik lagu terbaik dimenangi Alvin Michael menerusi lagunya yang berjudul ‘Lantang Menua’.

Mark yang membawa lagu ‘Asal Jadi’ menerima hadiah wang tunai RM2,000 beserta trofi manakala Alvin menerima hadiah wang tunai RM500 beserta trofi.

ACSJ Kelima merupakan anjuran Jabatan Penyiaran Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Betong dan menampilkan seramai 11 finalis.

Pemilihan finalis yang layak ke ACSJ adalah menerusi rancangan Carta Lagu Iban terbitan WAIfm Iban.

Anugerah ini adalah bagi memartabatkan lagi industri muzik Iban serta memupuk semangat daya saing serta kreativiti pemuzik tempatan.

Finalis lain termasuklah Linda menerusi lagu ‘Dirantai Pengerindu’, Louis Bennet (Martina), Joyce Menti dan Joseph Dresa (Pangan Antara Menua), Rickie Andrewson (Penyayau Enda Lela) dan Kunatak Band (Ngejang Pegi).

Hadiah telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

  • oleh
  • Advertisement