Anda di sini

Jimba Fest Tour di lima lagi lokasi hingga 26 November ini di seluruh negara

Advertisement
 

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dan Warner Music menjemput semua belia Malaysia untuk menyertai acara JIMBA FEST TOUR, dipenuhi dengan keseronokan dan muzik, yang akan diadakan di lima lagi lokasi dari 21 Oktober sehingga 26 November di seluruh negara.

Pengunjung akan berpeluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan mereka seperti Maya Karin, Aizat Amdan, Awi Rafael, Kaka Azraff, Datin Alyah, Nora, Yasin, Aziz Harun, Andi Bernadee, Amir Hasan dan banyak lagi.

Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang hari tersebut dan memenangi hadiah premium yang menarik daripada Digi dan Warner Music Malaysia.

Pelanggan Digi yang baharu dan yang sedia ada juga berpeluang untuk mendapat pas eksklusif untuk sesi bertemu artis serta mencuba nasib mereka dalam acara cabutan bertuah untuk memenangi lebih banyak hadiah.

Bagi para penggemar muzik, Digi juga telah berkolaborasi dengan Warner Music Malaysia dan Smule untuk membawakan Digi Idol, sebuah pertandingan nyanyian dengan sesi ujibakat yang diberikan sentuhan menarik.

Pertandingan unik ini memberikan para peserta pilihan untuk menjalani uji bakat mereka di tapak Jimba Fest atau secara digital – ia merupakan pertandingan nyanyian pertama yang menggabungkan platform uji bakat luar talian dan dalam talian dengan Smule.

Bagi kedua-dua segmen uji bakat yang diadakan, para peserta perlu mendaftarkan diri mereka dalam aplikasi Smule dan menghantar rakaman nyanyian mereka dengan memilih salah satu daripada tiga lagu yang diberikan, iaitu ‘Hana’ oleh Aziz Harun dan Hannah Delisha; ‘Sibuk’ oleh Kaka Azraff atau ‘Jutaan Purnama’ oleh Alyah.

Peserta yang dinobatkan sebagai juara akan berpeluang untuk membuat persembahan di atas pentas utama serta memenangi wang tunai bernilai RM 500. Lima peserta terbaik termasuk juara akan memenangi akses VIP Smule selama setahun.

Pertandingan tersebut dibuka bagi semua warga Malaysia – pelanggan Digi atau bukan pelanggan Digi boleh mengambil bahagian di dalam pertandingan Digi Idol ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari laman web komuniti MyDigi di sini.

Advertisement