Anda di sini

Penentuan finalis ke Anugerah Juara Lagu 33

Advertisement
Kesemua semi finalis.
Kesemua semi finalis.

SEGALA soalan mengenai 30 buah lagu yang bakal bersaing di pentas Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir (SFMM33) telah terjawab selepas diumumkan dalam satu sidang media eksklusif yang diadakan di The International Gallery At Alya, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ini merupakan perhentian terakhir bagi 30 buah lagu bersaing dan hanya 12 lagu layak mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33). Para peminat juga boleh saksikan konsert SFMM33 di YouTube TV3 Malaysia iaitu TV3MALAYSIA Official.

30 lagu yang bakal berentap ini adalah hasil undian para peminat di carta Muzik-Muzik 33, tiada lagi jalan pintas menerusi Showcase seperti tahun-tahun sebelum ini.

SFMM33 yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni (Haziq Hot FM) bakal bermula pada 9, 16 dan 23 November ini, bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Saksikan persembahan pembukaan hos-hos SFMM 33 yang menampilkan parodi AJL32, K-pop dan mash-up lagu-lagu yang tular kini.

Selain itu, SFMM33 juga memaparkan persembahan gabungan artis lama dan baharu seperti Bumi Putra Rockers, Black, Flop Poppy, Hafiz Suip, Gersang dan Hazama.

SFMM 33 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM. 

Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada hari Selasa setiap minggu konsert tersebut (6, 13 dan 20 November 2018) di Balai Pengawal Sri Pentas, Bandar Utama dan Balai Pengawal, Sri Pentas 2, Aras 5, Plaza Alam Sentral seawal jam 11 pagi.

Kepada para peminat yang ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, mereka boleh ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM33.

Malah, para pengunjung yang tidak berpeluang untuk menyaksikan Muzik Muzik 33 Separuh Akhir di kaca televisyen juga boleh saksikannya secara strim langsung di saluran Youtube TV3.

Advertisement