Anda di sini

Rosmah selesai beri keterangan jam 1 petang

Advertisement
 Rosmah bersama dua orang anaknya hadir bagi memberi keterangan kepada Polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ Jalan Tun Razak kira-kira jam 9.45 pagi di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama
BERI KETERANGAN: Rosmah bersama dua orang anaknya hadir bagi memberi keterangan kepada Polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ Jalan Tun Razak kira-kira jam 9.45 pagi di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anaknya dilihat meninggalkan Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini pada jam 1.08 petang  selepas selesai memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang hadir bersama dua anaknya, Riza Aziz dan Norashman, berada di bangunan itu yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil selama lebih tiga jam.  

Ketiga-tiga mereka yang tiba di situ pada jam 9.45 pagi turut ditemani dua peguam.

Rosmah sebelum ini dijadual memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia kelmarin namun proses itu diminta ditangguhkan semalam.

Pada 4 Oktober lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya berkemungkinan memanggil Rosmah bagi mengambil keterangan melibatkan pelbagai kes termasuk 1MDB.

Lebih 50 pengamal media yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan jurukamera memenuhi kawasan lobi menara itu bermula jam 8 pagi hingga jam 1 petang.

Sebelum Rosmah dan anak-anaknya meninggalkan bangunan itu, turut kelihatan pelakon yang juga penyokong UMNO Ellie Suriati Omar yang menunggu seorang diri berhampiran kumpulan pengamal media. — Bernama

Advertisement