Anda di sini

Suasana pilu sambut ketibaan jasad mendiang Watson Edin 

Natasha (tengah) ditenangkan oleh ibu serta anggota polis semasa tiba di Terminal MasCargo, hari ini
Natasha (tengah) yang mengiringi jasad suaminya dari Pahang ditenangkan oleh ibu serta anggota polis semasa tiba di Terminal MasCargo, hari ini
Jasad mendiang diusung oleh anggota polis dibawa masuk ke dalam kenderaan polis untuk dihantar ke rumah keluarganya sambil disaksikan ahli keluarga mendiang.
Jasad mendiang diusung oleh anggota polis dibawa masuk ke dalam kenderaan polis untuk dihantar ke rumah keluarganya sambil disaksikan ahli keluarga mendiang.
Kesedihan jelas terpancar pada raut wajah ahli keluarga serta sahabat mendiang
Kesedihan jelas terpancar pada raut wajah ahli keluarga serta sahabat mendiang

KUCHING: Suasana suram dan pilu menyelubungi sebaik jasad mendiang Konstabel Watson Edin, 24 yang terkorban dalam nahas jalan raya di Pahang semalam, tiba di Terminal MASkargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, hari ini. 

Jasad mendiang, yang tiba dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 3.50 petang diiringi oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang serta isteri mendiang, Natasha Elsy Juta.

Difahamkan, mendiang akan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Punau, Jalan Puncak Borneo, di sini untuk dikebumikan.

Watson bersama seorang lagi anggota polis disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam kemalangan di Kilometer 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Jalan Maran di Pahang.

Kedua-dua mereka dikatakan sedang mengiringi kenderaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang membawa kertas peperiksaan apabila kemalangan sekitar 3 petang semalam tersebut berlaku.