Anda di sini

ERA Sabah capai jumlah tontonan digital hebat dengan pelancaran ‘Sesal Tak Bernoktah’

Advertisement
 Penyampai ERA Sabah dan Team Bradaa.
PELAKON ‘SESAL TAK BERNOKTAH’: Penyampai ERA Sabah dan Team Bradaa.

DRAMA kompak digital pertama hasil ERA Sabah dan Team Bradaa, ‘Sesal Tak Bernoktah’, mencatatkan jumlah tontonan digital yang tinggi dalam masa empat minggu yang dita-yangkan bermula 17 Sep-tember 2018.

‘Sesal Tak Bernoktah’ disiarkan secara ekslusif di laman media sosial (Facebook dan Instagram) ERA Sabah dan Team Bradaa, dan menampilkan menampilkan bakat-bakat lakonan penyampai-penyampai radio ERA Sabah seperti Jay Jay, Addnan, Lopz, Mijul, Kim, Emma dan Samantha serta kumpulan orang berpengaruh, Team Bradaa.

Pemacu utama di sebalik kejayaan drama ‘Sesal Tak Bernoktah’ telah disumbangkan oleh kandungan dan penceritaan yang menepati citarasa para peminat ERA Sabah dan Team Bradaa, selain jalan cerita yang menyuntikkan nilai-nilai pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar oleh peminat-peminat yang menonton.

Selain itu, ERA Sabah turut menampakkan kenaikkan jumlah pengikut di Facebook dan Instagram selepas pelancaran drama ‘Sesal Tak Bernoktah’.

ERA Sabah telah menjemput peminat-peminat ERA Sabah dan Team Bradaa untuk bersama-sama menonton kesudahan drama kompak digital tersebut pada 13 Oktober 2018 lepas bagi acara episod akhir ‘Sesal Tak Bernoktah’.

‘Sesal Tak Bernoktah’ adalah sebuah drama yang mengajar erti sebenar dan nilai hubungan percintaan dan juga persahabatan. Kisah sepasang suami isteri yang dibelenggui masalah dengan kehadiran orang ketiga yang memecah-belahkan hubungan mereka, drama yang sarat dengan makna tersirat ini mengetengahkan pengajaran yang mengukur nilai kesabaran, kesetiaan dan kejujuran sesebuah pertalian.

Lebih mengujakan lagi, runut bunyi drama ini yang turut dinamakan ‘Sesal Tidak Bernokhtah’ ditulis dan dihasilkan oleh penyampai radio ERA Sabah, Kim Azizd.

Sebagai kejutan kepada para peminat, Kim telah berduet dengan Emma Suhaimi untuk mempersembahkan lagu tersebut semasa tayangan istimewa episod terakhir.

Advertisement