Anda di sini

Michael Buble kembali dengan album baharu, akui kehidupan berubah

Advertisement
BUBLE
BUBLE

PENYANYI Michael Buble, yang akan mengeluarkan album baharunya ‘Love’ pada bulan depan, telah memberitahu dia mungkin akan menangguhkan kariernya selepas anak lelakinya Noah didapati menghidap kanser hati.
“Apabila anda mengalami sesuatu yang keluarga saya telah alami, ia pasti akan mengubah anda,” katanya kepada Reuters.
Penyanyi Kanada itu mengumumkan pada November 2016 bahawa anak lelaki sulungnya Noah, yang berusia tiga tahun ketika itu, telah didiagnos dengan kanser dan sedang menjalani rawatan.
“Bagi saya, ia hanya menjadikan keadaan jauh lebih jelas,” ujarnya. “Lihat! Saya tidak ada masa. Kehidupan terlalu singkat untuk bimbang dan bimbang mengenai apa yang orang fikir tentang anda dan sebut tentang anda.
“Saya rasa ia adalah penting untuk menjadi bebas dan mencari kebahagiaan, tidak kira bagaimanapun anda perlu melakukannya, tidak kira bagaimanapun anda memastikannya berlaku, apa pun yang anda perlukan. Bagi saya, saya rasa saya tidak bersedia untuk membiarkan kegembiraan saya dirompak oleh apa-apa atau sesiapa dan saya hanya cuba melepaskannya.”
Penyanyi berusia 43 tahun itu, yang mengeluarkan lagu ‘single’ baharunya ‘Love You Anymore’, tulisan Charlie Puth, beberapa hari lalu, bersikap rendah hati mengenai pengalamannya. 
“Tidak ada seorang pun daripada kita yang dibiarkan bersendirian oleh kehidupan dengan cara itu,” katanya.
“Itulah kehidupan dan saya sebenarnya rasa syukur, saya mempelajari apa yang maksud perkataan ‘grace’ (rahmat) bagi saya dan saya cuma fikir bahawa setiap keluarga menanganinya dengan cara berlainan dan sedaya upaya mereka. 
“Saya rasa ia adalah penting bagi semua kita untuk mencuba yang terbaik, untuk dapat melihat ke hadapan, untuk cuba tidak terlalu memikirkan tentang masa silam,” ujarnya.
Penyanyi itu baru-baru ini menolak laporan yang diterbitkan dalam akhbar Daily Mail bahawa dia akan bersara daripada muzik.
Album baharu Buble ‘Love’ akan dijual pada 16 November. — Reuters

Advertisement