Anda di sini

Tindakan pantas penduduk selamatkan rumah panjang daripada musnah terbakar

Advertisement

MIRI: Sebuah rumah panjang 87 nyaris musnah apabila dalam kejadian kebakaran di Sungai Selepin, Bakong dekat sini tengah malam tadi. 

Bagaimanapun, kebakaran bermula dari sebuah dapur yang kemudian merebak ke dua buah dapur lagi berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh penduduk rumah panjang tersebut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diketuai oleh ketuanya, Terry Robson Fronce Nyanggau dikerahkan ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.13 tengah malam. 

"Kebakaran dapur di tiga buah pintu berjaya dipadamkan penduduk kampung dengan menggunakan sebuah pam, enam golong hos bekalan air dari parit yang berdekatan rumah panjang. 

"Kemusnahan akibat kebakaran dalam anggaran 20 peratus. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Pasukan BBP Lopeng membuat pemantauan menyeluruh untuk memastikan kebakaran padam sepenuhnya. 

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada pukul 2.20 pagi. 
 

  • oleh
  • Advertisement