Anda di sini

Mayat lelaki ditemui terapung

Bomba membawa naik mayat mangsa
Bomba membawa naik mayat mangsa lemas.

KUCHING: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di sungai berhampiran Pengkalan Jalan Ang Cheng Ho di sini, tengah malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu sekitar jam 1.10 tengah malam.

"Pasukan bomba tiba di tempat kejadian dan mendapati ada mayat terapung di sungai berdekatan Pengkalan Jalan Ang Cheng Ho. 

"Pasukan bomba seterusnya meminta bantuan perahu orang awam untuk mendekati dan membawa mayat tersebut ke pengkalan yang berdekatan," katanya hari ini.

Mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya. 

Operasi ditamatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan yang diketuai Awang Jepri Awang Joni ditamatkan pada pukul 2 pagi.