Anda di sini

KTS Trading kendali kempen servis enjin sangkut nelayan di Bintulu

Advertisement
 Para pelanggan mengunjungi tapak pameran sempena ‘KTS Trading Suzuki Outboard Engine Customer Day and Service Campaign’ semalam.
TERTARIK: Para pelanggan mengunjungi tapak pameran sempena ‘KTS Trading Suzuki Outboard Engine Customer Day and Service Campaign’ semalam.
 Juruteknik (kanan) membantu dalam penyelenggaraan enjin Suzuki milik seorang nelayan lain.
SELENGGARA: Juruteknik (kanan) membantu dalam penyelenggaraan enjin Suzuki milik seorang nelayan lain.

BINTULU: Pengedar tunggal jenama Suzuki di Malaysia iaitu KTS Trading Sdn Bhd telah mengendalikan kempen servis enjin sangkut untuk pengguna enjin Suzuki khususnya para nelayan di jalan pesisir kawasan pantai ABF di sini sempena `KTS Trading Suzuki Outboard Engine Customer Day and Service Campaign’ semalam.

KTS Trading dalam kenyataannya di sini berkata, kempen yang diadakan itu bukan sahaja untuk servis penyelenggaraan pengguna enjin sangkut Suzuki bahkan mengukuhkan hubungan antara pengguna jenama enjin berkenaan serta pengedar sekali gus untuk meningkat kesedaraan penggunaan jenama enjin Suzuki.

“Kempen ini tidak hanya menawar servis penyelenggaraan percuma untuk pengguna-pengguna enjin sangkut Suzuki tetapi juga menawarkan potongan harga untuk alat-alat ganti jenama enjin itu,” ujar kenyataan itu semalam.

Di samping menyedia makan minum katanya, pihak pengedar dan penganjur kempen turut menyampaikan penerangan berkenaan kebaikan enjin empat lejang Suzuki yang berkuasa hebat tersebut yang mana adalah jenis enjin jimat minyak dan senyap.

Antaranya adalah sebuah enjin sangkut Suzuki model DF140A yang dipamerkan terkenal dengan keseimbangannya, mempunyai reka bentuk menarik, berprestasi baik, cekap penggunaan bahan bakar petrol dan kebolehpercayaan.

“Ini atas faktor DF140A yang dilengkapi enjin DOHC 16-valve yang berkuasa tinggi, Suzuki Lean Burn, Timing Chain dan Sistem Suntikan Petrol Elektronik. Suzuki Lean Burn boleh menjangkakan keperluan petrol yang mencukupi, mengelak pembaziran dan jimat petrol,” tambahnya.

Beliau berkata, Suzuki merupakan syarikat pertama menggunakan `timing chain’ pada enjin sangkutnya yang mampu menyesuaikan sendiri secara automatik dan tanpa perlu terlalu kerap dalam penyelenggaraannya.

Katanya, Sistem Suntikan Petrol Elektronik enjin itu menggunakan pelbagai deria pengesan (sensor) yang terletak dalam enjin, pengiraan optimum keperluan petrol supaya kuasa enjin dapat mencapai penggunaan petrol yang ekonomik, permulaan penghidup enjin yang cepat, pemecutan dan tindak balas pendikit yang sensitif.

Seorang daripada pengguna enjin Suzuki yang hanya dikenali sebagai Anai merupakan seorang nelayan tempatan yang lebih 40 tahun bekerja sebagai nelayan pantai pertama kali mengguna enjin jenis Suzuki pada tahun 1980 memperakui kehebatan dan kelebihan enjin Suzuki model DF140A.

“Pada masa sekarang saya menangkap ikan di perairan antara lokasi 30 hingga 40 batu nautika di perairan Bintulu dengan menggunakan bot 35 kaki dan dua enjin Suzuki empat lejang DF140A selama empat bulan ia ternyata jimat minyak,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, enjin itu mampu menjimat penggunaan minyak kira-kira 40 peratus berbanding dengan penggunaan enjin sangkut dua lejang.

Advertisement