Anda di sini

IS bebas enam dari 27 tebusan Druze ditangkap di Sweida

Advertisement
 Gambar dikeluarkan rasmi oleh Agensi Berita Syria Arab semalam menunjukkan seorang wanita bersama empat kanak-kanak di antara enam yang dibebaskan dari 27 tebusan Druze yang dipegang oleh kumpulan IS dalam satu pertukaran tahanan dan wang tebusan di wilayah Sweida di Syria, semalam. — Gambar AFP
DIBEBASKAN: Gambar dikeluarkan rasmi oleh Agensi Berita Syria Arab semalam menunjukkan seorang wanita bersama empat kanak-kanak di antara enam yang dibebaskan dari 27 tebusan Druze yang dipegang oleh kumpulan IS dalam satu pertukaran tahanan dan wang tebusan di wilayah Sweida di Syria, semalam. — Gambar AFP

BEIRUT: Kumpulan Islamic State telah membebaskan enam dari 27 tebusan Druze yang ditangkap semasa satu serangan berbahaya pada Julai di wilayah Sweida di Syria sebagai pertukaran dalam satu pertukaran tahanan dan wang tebusan, menurut pihak pemerhati semalam.

“Dua wanita dan empat kanak-kanak dari wilayah Sweida telah dibebaskan malam semalam,” Rami Abdel Rahman, pengarah untuk Syrian Observatory for Human Rights, sebuah badan pemerhati, memberitahu AFP.

Beliau menambah bahawa pembebasan merupakan “gelombang pertama” dan sebahagian dari perjanjian yang dilakukan dengan kerajaan Syria bagi menukar semua tebusan untuk “60 orang tahanan Islamic State yang ditahan oleh pihak rejim serta wang tebusan sebanyak $27 juta.”

Kumpulan pejuang jihad telah menculik kira-kira 30 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dari Sweida pada Julai lepas semasa serangan paling teruk terhadap komuniti Druze di Syria untuk perang saudara selama tujuh tahun.

Semasa serangan yang dirancangkan pada 25 Julai, IS telah melakukan satu siri pengeboman nekad, tembakan dan kejadian tikaman yang menyebabkan lebih dari 250 terkorban di sekitar wilayah barat daya, kebanyakan mereka adalah orang awam.

Wilayah Sweida adalah kawasan utama bagi puak minoriti Druze di negara ini, yang meliputi kira-kira tiga peratus dari populasi prapeperangan di Syria atau kira-kira 700,000 orang.

IS telah menghukum mati seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun di antara tahanan pada Ogos lepas dan kemudian seorang tahanan wanita berusia 25 tahun pada awal Oktober. Kumpulan itu menyatakan seorang tahanan wanita berusia 65 tahun turut meninggal dunia akibat penyakit yang dialami.

Kaum keluarga kepada mereka yang diculik telah mengadakan bantahan bagi menuntut tindakan dari kerajaan Syria untuk membebaskan mereka.

Rundingan di antara Rusia sekutu kerajaan dan pejuang jihad bagi pembebasan tahanan telah tertangguh.

Pasukan tentera kerajaan telah menentang IS di kawasan gunung berapi Tulul al-Safa di bahagia timur wilayah sejak serangan pada Julai lepas. — AFP

Advertisement