Anda di sini

Dua maut dalam letupan di kilang bunga api

Advertisement
 Kelihatan kakitangan Kementerian Kecemasan Rusia dalam operasi menyelamat di tapak letupan di kilang bunga api Avangard di Gatchina di luar Saint Petersburg, kelmarin. — Gambar AFP
MUSNAH: Kelihatan kakitangan Kementerian Kecemasan Rusia dalam operasi menyelamat di tapak letupan di kilang bunga api Avangard di Gatchina di luar Saint Petersburg, kelmarin. — Gambar AFP

SAINT PETERSBURG: Dua terbunuh dan beberapa lagi tercedera kelmarin dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di bandar kedua terbesar Saint Petersburg di luar Rusia, menurut pihak berkuasa wilayah.

“Letupan berlaku di kilang Avangard di Gatchina,” sebuah pekan 25 kilometer di selatan Saint Petersburg, jelas jawatankuasa kesihatan bagi pihak berkuasa wilayah.

“Dua terkorban dan beberapa telah tercedera menurut maklumat awal.”

Sumber yang bercanggah meletakkan jumlah mangsa yang tercedera adalah di antara tiga dan enam orang, termasuk seorang budak perempuan berusia 13 tahun telah dimasukkan ke hospital selepas menghidu asap dari kebakaran yang telah berlaku selepas letupan.

Jawatankuasa Siasatan wilayah telah melancarkan satu siasatan jenayah mengenai pelanggaran peraturan keselamatan di kilang tersebut. — AFP

Advertisement