Anda di sini

Brazil temui fosil wanita neolitik yang terbakar di muzium Rio

Advertisement
 Fragmen fosil manusia tertua telah ditemui beberapa hari lepas dikenali sebagai ‘Luzia’ ditayangkan semasa sidang media di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin. — Gambar AFP
DIJUMPAI: Fragmen fosil manusia tertua telah ditemui beberapa hari lepas dikenali sebagai ‘Luzia’ ditayangkan semasa sidang media di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin. — Gambar AFP

RIO DE JANEIRO: Pihak berkuasa Brazil kelmarin menyatakan mereka telah menemui bahagian bagi satu fosil wanita neolitik berusia 12,000 tahun yang merupakan di antara artifak berharga di Muzium Negara yang hangus terbakar di Rio de Janeiro.

“Kami menemui hampir semua tengkorak dan 80 peratus dari fragmennya telah dikenal pasti,” menurut pengarah muzium Alexander Kellner, sambil menambah bahawa fragmen sebuah femur telah ditemui dari debu.

Fosil, dikenali “Luzia,” telah ditemui pada 1970 di negeri tenggara Minas Gerais oleh satu ekspedisi yang diketuai oleh Perancis.

Satu pasukan Universiti Manchester kemudian melakukan satu pembentukan semula wajah secara digital berasaskan pada tengkorak, yang telah digunakan untuk menghasilkan sebuah patung wanita purba.

Patung itu telah terbakar pada 2 September bersama dengan kebanyakan dari 20 juta artifak di muzium tersebut. Namun fragmen asal tengkorak, disimpan dalam sebuah bekas besi di dalam sebuah almari, telah ditemui beberapa hari lepas.

“Mereka telah mengalami perubahan, kerosakan. Namun kami sangat optimistik dengan penemuan itu dan semua yang ada,” menurut Claudia Rodrigues, seorang profesor di muzium yang telah mengutip serpihan tersebut. — AFP

Institusi berusia 200 tahun telah dianggap sebagai muzium sejarah semula jadi utama di Amerika Latin, dan telah dikenali dengan bahagian paleontologi serta 26,000 fosil.

Punca kebakaran sedang dalam siasatan. — AFP

Advertisement