Anda di sini

40 pelatih taekwondo sertai sesi ujian naik taraf tali pinggang senior

 Pelatih muda dan tenaga pengajar Kelab Seni Mempertahankan Diri & Taekwondo Kuching (WTF) bersama Tan (berdiri lapan kanan) selepas sesi latihan tersebut.
NAIK TARAF: Pelatih muda dan tenaga pengajar Kelab Seni Mempertahankan Diri & Taekwondo Kuching (WTF) bersama Tan (berdiri lapan kanan) selepas sesi latihan tersebut.

KUCHING: Seramai 40 pelatih taekwondo dari Kelab Seni Mempertahankan Diri & Taekwondo Kuching (WTF) menyertai sesi ujian naik taraf tali pinggang senior diadakan di pusat latihan di Satok di sini.

Sesi tersebut dikendalikan oleh Penilai Kebangsaan Taekwondo Malaysia (TM) dan Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF), Tan Check Joon dengan bantuan tenaga pengajar lain dan beberapa pemegang tali pinggang senior.

Kelab Seni Mempertahankan Diri & Taekwondo Kuching (WTF) merupakan salah satu ahli gabungan Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak.

Taekwondo (WTF) adalah satu-satunya sukan seni mempertahankan diri tempur dengan perlindungan sepenuhnya yang boleh dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.