Anda di sini

Dayang Nurfaizah cari kelainan untuk single terbaharu

Advertisement
Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah

KUALA LUMPUR: Nama penyanyi Dayang Nurfaizah tidak memerlukan pengenalan kerana suaranya yang unik dan memukau setiap kali melakukan persembahan secara langsung.

Menurut Dayang, beliau masih di peringkat awal untuk mengeluarkan single terbaharu hadiah khas buat para peminatnya.

“Masih di peringkat awal....perkara ini mengambil masa untuk pilih yang terbaik,” jelas  penyanyi R&B terkenal kelahiran Sarawak ketika ditemui selepas Konsert 3mendous JOOX baru-baru ini.

Dayang menyatakan hasrat ingin mencari kelainan untuk single terbaharu - rentak rancak dan tidak terlalu perlahan - tetapi jumlah lagu yang diterima setakat ini semua berentak balada.

Bagi Dayang, beliau lebih seronok untuk bekerjasama dengan komposer baharu dan lama dari Malaysia dan tiada tawaran dari pihak luar negara setakat ini.

BANYAK YANG PERLU DIPELAJARI

Walaupun sudah ada di tempatnya yang tersendiri, Dayang masih merasakan banyak lagi yang perlu dipelajari dan mencari kelainan dari suaranya sendiri.

“Bagi Dayang masih mencari apa lagi kelainan yang peminat ingin dengar.

“Mungkin untuk single atau album yang seterusnya, Dayang rasa akan menerokai benda yang baharu tapi tidak terlalu jauh dengan kemampuan Dayang,” jelas beliau yang menyampaikan lagu ‘Di Pintu Syurga’, ‘Lelaki Teragung’ dan ‘Dayang Sayang Kamu’ versi remix pada konsert itu minggu lalu.

Konsert 3mendous JOOX yang diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre itu telah menerima lebih daripada 33,000 tontonan yang disiarkan secara langsung melalui aplikasi JOOX. — Bernama

Advertisement