Anda di sini

Polis Marin Sarawak rampas 170 batang kayu balak bernilai RM90,000

Advertisement
ayu balak pelbagai saiz yang dirampas oleh PPM Wilayah 5, di Jalan Bintulu-Bakun, pada Rabu.
ayu balak pelbagai saiz yang dirampas oleh PPM Wilayah 5, di Jalan Bintulu-Bakun, pada Rabu.

BINTULU: Kegiatan pembalakan haram di Jalan Bintulu-Bakun terbongkar apabila 170 batang balak haram dengan anggaran nilai RM90,000 dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, pada Rabu. 

Komandernya, ACP Salehuddin Mat Zaman, ketika dihubungi hari ini berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya menyerbu lokasi pertama stok simpanan kayu balak sekitar jam 11.30 pagi, manakala serbuan yang kedua sekitar jam 1 tengah hari, yang berdekatan antara satu sama lain di laluan sama. 

"Hasil semakan yang kita lakukan mendapati kayu terbabit ditebang secara haram serta tidak mempunyai tanda cukai yang sah," ujarnya. 

Jelasnya, kayu balak terbabit juga disahkan turut ditebang tanpa mendapat kelulusan daripada Jabatan Hutan Sarawak, sekaligus melanggar Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.
 
Pasukan PPM Wilayah 5, katanya turut merampas semua kayu balak berkenaan, manakala sebuah jentolak dan sebuah kenderaan persendirian, dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan haram itu, turut disita sebagai bahan bukti kes dan diserahkan kepada Jabatan Hutan Bintulu, untuk tindakan lanjut. 

"Siasatan lanjut akan kita jalankan bagi mengetahui dalang sebenar di sebalik kegiatan penebangan kayu balak tanpa lesen ini," tambah beliau. 
 

  • oleh
  • Advertisement