Anda di sini

Tragedi menjala ikan

Advertisement
 Mayat mangsa dibawa pulang ke rumah untuk tindakan lanjut selepas ditemui penduduk kampung.
TRAGIK: Mayat mangsa dibawa pulang ke rumah untuk tindakan lanjut selepas ditemui penduduk kampung.

MUKAH: Seorang wanita yang keluar rumah untuk menjala ikan ditemui mati dengan kesan gigitan dipercayai dibaham buaya di Sungai Kabang dekat Kampung Sawai, Daro tengah hari semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Maznah Moh, 39, ditemui penduduk kampung yang melancarkan usaha mencari mangsa di kawasan sungai tersebut.

“Mayat mangsa dijumpai di sungai tersebut pada jam 12 tengah hari dengan kesan gigitan di badan dan kaki dipercayai angkara buaya,” katanya.

Terdahulu, difahamkan perahu yang digunakan mangsa dilihat hanyut di sungai tanpa sesiapa di dalamnya.

Menyedari hal itu, penduduk kampung terus melancarkan usaha mencari mangsa dengan menyusuri sungai sehinggalah mayatnya ditemui sekitar tengah hari semalam.

  • oleh
  • Advertisement