Anda di sini

Lelaki hadapi dua pertuduhan AMLA babit setengah juta ringgit

Advertisement
 Loo mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memperoleh wang berjumlah RM500,000 pada tahun lepas di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam. — Gambar Bernama
TIDAK MENGAKU: Loo mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memperoleh wang berjumlah RM500,000 pada tahun lepas di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam. — Gambar Bernama
 Loo mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memperoleh wang berjumlah RM500,000 pada tahun lepas di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam. — Gambar Bernama
TIDAK MENGAKU: Loo mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memperoleh wang berjumlah RM500,000 pada tahun lepas di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam. — Gambar Bernama

SHAH ALAM: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memperoleh wang berjumlah RM500,000 pada tahun lepas.

Wang itu dipercayai merupakan hasil tuntutan palsu pulangan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikemuka kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).

Tertuduh, Loo Peng Wah, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.

Lelaki itu didakwa memperoleh wang berjumlah RM200,000 dan RM300,000 di dua lokasi berbeza di Seri Kembangan dekat sini, pada 29 Ogos 2017 dan 2 Sept 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menetapkan jaminan RM100,000 serta seorang penjamin selain tertuduh perlu melapor diri di pejabat Kastam Ipoh, Perak setiap bulan.

“Kami juga memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh kerana tertuduh turut menghadapi 32 pertuduhan di bawah AMLA dan Akta GST 2014 di sana,” katanya.

Peguam Mardhiyah Sirajkumar yang mewakili Loo bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan anak guamnya tidak mampu selain telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan. — Bernama

Advertisement