Anda di sini

UCTS mahu tarik lebih ramai pelajar asing

Advertisement
Khairuddin (duduk, tiga dari kiri) dan yang lain bergambar bersama sebahagian pelajar asing yang kini berada di UCTS.
SERTAI KAMI:Khairuddin (duduk, tiga dari kiri) dan yang lain bergambar bersama sebahagian pelajar asing yang kini berada di UCTS.

SIBU: Naib Canselor Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berharap dapat menarik lebih ramai pelajar dari luar negara untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

Menurutnya, UCTS menawarkan tiga bentuk program bagi menarik minat pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di situ.

“Pertama, kita ada program pertukaran pelajar di mana di bawah program ini ia terbahagi kepada dua bentuk program iaitu inbound dan outbound.

“Inbound adalah di mana kita menerima masuk pelajar dari universiti lain untuk tempoh tertentu sama ada satu minggu, satu bulan, satu tahun atau satu semester.

“Outbound pula, kita menghantar pelajar kita ke luar negara untuk tempoh tertentu.  

“Selepas tamat, mereka yang mengikuti kedua-dua bentuk program ini boleh melakukan pertukaran kredit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi memperkenalkan pelajar asing yang sedang menlanjutkan pengajian dan aktiviti di UCTS pada masa ini.

Manakala dua lagi program ialah program lawatan sambil belajar dan program pengajian penuh.

Di samping itu, Khairuddin turut memberitahu bahawa baru-baru ini beliau bersama delegasinya yang diketuai oleh Pengerusi UCTS Datuk Sri Wong Soon Koh mengadakan lawatan ke China.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King dan Timbalannya Rogayah Jamain.

“Antara objektifanya adalah untuk mewujudkan rangkaian UCTS dengan sekolah dan pihak pendidikan tempatan menerusi perjanjian yang ditandatangani oleh MPS.

“Ini adalah salah satu usaha kita untuk mempromosi dan menarik lebih ramai pelajar dari luar negara untuk datang ke UCTS,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement