Anda di sini

Turki, Saudi bincang kes Khashoggi

Advertisement
 Aktivis hak asasi dan rakan Khashoggi memegang gambar beliau ketika demonstrasi di luar Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 8 Oktober lalu. — Gambar Reuters
BEBAS KHASHOGGI!: Aktivis hak asasi dan rakan Khashoggi memegang gambar beliau ketika demonstrasi di luar Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 8 Oktober lalu. — Gambar Reuters

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Raja Salman dari Arab Saudi kelmarin membincangkan kes wartawan yang hilang, Jamal Khashoggi, dalam perbualan telefon pertama mereka mengenai kontroversi tersebut, menurut kedua-dua pihak.

Erdogan dan Salman membincangkan “isu untuk penjelasan tentang kes Jamal Khashoggi” dan juga me-negaskan “kepentingan untuk membentuk satu kumpulan kerja bersama dalam rangka kerja siasatan,” menurut sumber presiden Turki, yang meminta namanya dirahsia-kan.

Ankara sebelum ini berkata sebuah kumpulan kerja akan ditubuhkan sejajar dengan cadangan Arab Saudi. Namun hanya sedikit maklumat telah muncul mengenai bagaimana ini akan berfungsi.

Pihak kementerian luar negara Arab Saudi berkata Salman telah mengesahkan hubungan “kukuh” negara-nya dengan Turki dalam panggilan telefon dengan Erdogan.
Raja tersebut menelefon Erdogan “untuk mengucapkan terima kasih kepada presiden kerana menerima cadangan kerajaannya untuk membentuk sebuah kumpulan kerja bersama bagi membincangkan tentang kehilangan rakyat Arab Saudi, Jamal Khashoggi.”

Salman menegaskan kepen-tingan hubungan Turki-Arab dan menyatakan tiada sesiapa yang mampu untuk “meng-atasi kekuatan hubungan ini,” tambahnya.

Khashoggi telah hilang sejak beliau memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Beberapa pegawai Turki berkata mereka mempercayai beliau telah dibunuh di dalam konsulat dan dakwaan yang menakutkan telah disiarkan dalam media Turki. Namun Arab Saudi menafikan bahawa beliau telah dibunuh di dalam misi tersebut.

Sementara Erdogan telah berkelakuan secara berjaga-jaga dalam kontroversi ter-sebut, menyuarakan kebimbangan namun tidak secara terang-terangan menuduh Riyadh. — AFP

Advertisement