Anda di sini

Sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah IPGKTAR Kota Samarahan sarat pengisian

Advertisement
 Jawatankuasa penganjur Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah IPGKTAR Kota Samarahan merakamkan kenangan.
TULANG BELAKANG: Jawatankuasa penganjur Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah IPGKTAR Kota Samarahan merakamkan kenangan.

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) Kota Samarahan baru-baru ini mengadakan perhimpunan khas sempena sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah tahun ini.

Program itu dianjurkan oleh siswa pendidik daripada kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam 4618, 5618, 6618 dan PISMP Pendidikan Jasmani 1618 dengan kerjasama Unit Kebajikan, Sosial dan Keselamatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTAR.

Tema sambutan Hari Malaysia pada kali ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku,’ manakala sambutan Maal Hijrah pula bertemakan ‘Kesantunan Umat Membawa Rahmat.’

 Hamsiah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Wanita) pada majlis tersebut.
TAHNIAH: Hamsiah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Wanita) pada majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan Hari Malaysia iaitu pertandingan kibar Jalur Gemilang antara blok kolej kediaman, perbarisan dan perarakan oleh staf dan siswa pendidik, tayangan video Hari Malaysia, sketsa bertajuk ‘Malaysiaku Keluargaku’ dan nyanyian lagu patriotik.

Johan keseluruhan bagi pertandingan kibar Jalur Gemilang dan perbarisan telah dimenangi oleh penghuni Kolej Kediaman Blok Akasia.

Aktiviti sedemikian diyakini memupuk rasa sayang dan cintakan negara serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan warga IPGKTAR yang pelbagai bangsa dan agama.

 Antara staf IPGKTAR yang terlibat dalam perarakan dan perbarisan Jalur Gemilang pada Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah 2018.
PATRIOTIK: Antara staf IPGKTAR yang terlibat dalam perarakan dan perbarisan Jalur Gemilang pada Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia dan Maal Hijrah 2018.
 Siswa pendidik mempersembahkan skesta bertajuk ‘Malaysiaku Keluargaku.’
SERLAH BAKAT: Siswa pendidik mempersembahkan skesta bertajuk ‘Malaysiaku Keluargaku.’

Sementara itu, pengisian sambutan Maal Hijrah pula ialah persembahan lagu nasyid oleh Kumpulan Sautul Raudhah dan bercerita kisah daripada al-Quran oleh Amir Luqman.

Pada majlis itu juga, dua penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah dipilih oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGKTAR yang diketuai Amirul Syazwan Borhanordin.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tersebut ialah Hamsiah Abdullah Masni iaitu Pengarah IPGKTAR Kota Samarahan dan Pembantu Tadbir N.22 Saimon Hajmi.

Advertisement