Anda di sini

Polis Nicaragua tangkap 20 penunjuk perasaan

Advertisement
 Polis bergelut dengan penunjuk perasaan ketika bantahan di Managua, Nicaragua kelmarin. — Gambar Reuters
KACAU-BILAU: Polis bergelut dengan penunjuk perasaan ketika bantahan di Managua, Nicaragua kelmarin. — Gambar Reuters

MANAGUA: Kira-kira 20 penunjuk perasaan ditangkap kelmarin ketika polis Nicaragua menyerbu untuk meleraikan penunjuk perasaan yang berkumpul untuk satu perarakan menentang kerajaan pimpinan Presiden Daniel Ortega.

Anggota polis bersenjatakan belantan dan melontar bom tangan pegun untuk me-leraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di sebuah tempat letak kereta di pusat beli-belah, memukul lelaki, wanita dan juga orang tua.

Mereka yang ditahan telah diheret di atas jalan raya dan kemudian diarahkan masuk ke dalam kenderaan polis peronda.

Beberapag wartawan turut dipukul dan ditahan sekejap,  menurut wartawan bebas tempatan.

“Mereka tidak menghormati sesiapa, malah orang yang lebih tua atau kanak-kanak,” kata Azhalea Solis, ketua Perikatan Sivik, sebuah kumpulan penaung yang mewakili golongan peniaga, pelajar dan kumpulan sosial.

Serta terdapat kemarahan dari Pertubuhan Negeri-Negeri Amerika (OAS) dan presiden negara jiran Costa Rica.

“Kami menuntut kerajaan Nicaragua membebaskan pe-nunjuk perasaan yang ditahan, agar ia meghormati hak bagi bantahan secara aman di seluruh negara, dan berhenti menindas dan semua tindakan kasar terhadap ketua politik dan orang awam,” ketua OAS Luis Almagro menulis dalam Twitter.

“Berasa sangat bimbang dengan penahanan pada pagi ini di Nicaragua. Penindasan yang dialami oleh rakyat Nicaragua harus dihentikan,” Presiden Costa Rica Carlos Alvarado menyatakan dalam Twitter.

Pihak polis sebelum itu mengumumkan bahawa mereka tidak membenarkan sebarang tunjuk perasaan yang tidak dibenarkan.

Ratusan anggota polis pencegah rusuhan telah di-kerahkan pada awal pagi di beberapa kawasan utama di ibu negara Managua termasuk di lebuh raya hingga ke bandar terpencil Masaya.

Penyokong kerajaan telah mengambil-alih bulatan di bandar di mana penunjuk perasaan merancang untuk berkumpul.

Tunjuk perasaan antikerajaan bermula pada 18 April, pada mulanya membantah perubahan dalam sistem keselamatan sosial.

Sejak itu tunjuk perasaan telah berkembang dan penunjuk perasaan menyeru peletakan jawatan Ortega dan isterinya serta naib presiden Rosario Murillo. — AFP

Advertisement