Anda di sini

Kumpulan migran Honduras menuju ke AS meningkat

Advertisement
 Rakyat Honduras yang melarikan diri dari kemiskinan dan keganasan                di negara asal menaiki lori pikap ketika dalam perjalanan ke Amerika Syarikat, di baha-gian barat Honduras kelmarin. — Gambar Reuters
BERHIJRAH: Rakyat Honduras yang melarikan diri dari kemiskinan dan keganasan di negara asal menaiki lori pikap ketika dalam perjalanan ke Amerika Syarikat, di baha-gian barat Honduras kelmarin. — Gambar Reuters

TEGUCIGALPA: Jumlah pendatang Honduras di sempadan Guatemala yang ingin menuju ke Amerika Syarikat (AS), semakin meningkat kepada kira-kira 1,500 orang pada Ahad.

Menurut saksi dan penganjur, kumpulan migran itu termasuk golongan dewasa dan kanak-kanak serta wanita bersama bayi mereka.

Kumpulan itu mula bergerak dari bandar utara San Pedro Sula pada Sabtu, beberapa hari selepas Naib Presiden AS Mike Pence menggesa Amerika Tengah menghentikan penghijrahan besar-besaran.

Kedutaan AS di Honduras berkata, negara itu bimbang dengan perkembangan terbaharu tersebut kerana keba-nyakan migran diberi “janji palsu” untuk memasuki AS.

Sementara itu, Kerajaan Mexico menerusi satu kenyataan mengingatkan warga asing bahawa permohonan visa perlu dikemukakan di konsulat, bukan di sempadan.

Penganjur Bartolo Fuentes berkata, peserta tidak ditawarkan sebarang bentuk janji sebaliknya mereka mahu lari dari kemiskinan dan keganasan di negara asal.

Fuentes, bekas ahli parlimen Honduras, berkata jumlah migran bertambah daripada 1,300 kepada kira-kira 1,800 orang.

Kumpulan pendatang itu akan menyeberang sempadan Guatemala untuk ke Tapachula di selatan Mexico dan memohon visa kemanusiaan yang membenarkan mereka mendapatkan suaka, ujar-nya. — Bernama

Advertisement