Anda di sini

Kejohanan Tenis Sirkit Remaja ITF Piala Ketua Menteri Sarawak masih popular

Advertisement
Abang Johari menyerahkan trofi kepada Patrick (tiga kiri) sambil disaksikan yang lain.
Abang Johari menyerahkan trofi kepada Patrick (tiga kiri) sambil disaksikan yang lain.

KUCHING: Kejohanan Tenis Sirkit Remaja ITF Piala Ketua Menteri Sarawak akan terus menjadi pilihan pemain tenis remaja dari negara luar yang mahu mengutip mata ranking dunia untuk melonjakkan karier mereka ke peringkat lebih tinggi.


Menurut Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Dato Patrick Liew kejohanan yang dianjurkan sejak lebih 20 tahun itu tidak pernah gagal mencatat penyertaan dari lebih 30 negara.


Katanya, kejohanan tersebut sangat penting bukan sahaja untuk pemain remaja mengutip mata ranking dunia malah memperbaiki kemahiran mereka.


“Untuk bermain dalam Grand Slam Remaja, pemain mesti menduduki ranking 100 terbaik di dunia.


“Jika dapat bermain dalam Grand Slam Remaja, barulah dapat bermain dalam kejohanan profesional seperti Terbuka Australia, Terbuka Amerika Syarikat dan sebagainya.


“Kerana itu kebanyakan pemain bermati-matian bermain untuk memperbaiki ranking mereka. Jika dapat menyertai Grand Slam, di situlah peluang mereka untuk memperolehi banyak wang,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.


Hadir sama, Timbalan Presiden SLTA Douglas Telajan, Setiausaha Bernard Chin dan Bendahari Kho Siak Koi.


Menurut Patrcik, untuk menjadi pemain profesional, kebanyakan pemain remaja melabur besar di mana persatuan dan ibu bapa menghantar anak-anak mereka bermain seberapa banyak mungkin di negara-negara luar termasuk pada kejohanan di sini meskipun ia tidak menawarkan hadiah wang tunai.


Kejohanan Tenis Sirkit Remaja ITF (Gred 3) Piala Ketua Menteri Sarawak (II) yang akan berlangsung dari 16-21 Oktober ini di Gelanggang Tenis SLTA melibatkan seramai 48 pemain lelaki dan 47 wanita berusia 13-18 tahun.


Negara terbabit ialah Australia (10), China (5), Denmark (5), Great Britain (1), Hong Kong (2), India (7), Indonesia (4), Jepun (4), Korea (1), Malaysia (26), Filipina (1), Poland (1), Rusia (2), Singapura (2), Sweden (6), Switzerland (1), Taiwan (14), Thailand (1), Ukraine (1) dan Zimbabwe (1).



 

  • oleh
  • Advertisement